Syed Saddiq Semakin Biadap, Heret FAM Dalam Isu TMJ

Syed Saddiq Semakin Biadap, Heret FAM Dalam Isu TMJ. Di laman sosial Facebook dan Twitter kecoh apabila Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq sekali lagi menghentam Tunku Mahkota Johor (TMJ) di laman media sosial miliknya. Hal ini kerana Syed Saddiq mengaitkan soal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam konflik membabitkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Iskandar dan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir.

Syed Saddiq Semakin Biadap, Heret FAM Dalam Isu TMJ

Menerusi laman Twitter Syed Saddiq mengatakan, “Walaupun TMJ gesa orang Johor untuk kekalkan Najib pada PRU14, rakyat tetap bersama Tun Dr Mahathir dan menolak gesaan TMJ. Kami berkhidmat demi rakyat. Jatuh bangun kerajaan ini adaIah di tangan rakyat. Ini negara demokrasi berpelembagaan.”

Syed Saddiq menambah lagi,” Kenapa dahulu bila satu dunia kenali Malaysia sebagai Kleptokrasi, TMJ tak suruh “tukar Najib” tetapi sekarang suruh Perdana Menteri yang diberikan mandat oleh rakyat untuk “ditukar”?

Kalau nak jaga FAM pun sukar sampai terpaksa letak jawatan tidak sampai setahun, bayangkan tanggungjawab seorang PM.”

Bukan sahaja mengkritik malah Syed Saddiq turut menyindir pencapaian TMJ semasa memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia melalui  laman Twitter miliknya. Rentetan itu, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menempelak kenyataan Syed Saddiq yang menyifatkan sebagai biadap.

Berikutan itu, Annuar Musa turut mempersoalkan jasa Ahli Parlimen Muar itu kepada negara menerusi petikan daripada Malasiagazette. “Apa jasa kamu pada sukan Malaysia setakat ini? Kamu tidak harus menyeret FAM dengan politik kerana FAM adalah badan bebas politik. Apa lagi jasa TMJ dalam bola sepak jauh lebih banyak berbanding kamu sendiri”

Sedarlah, walaupun jodoh TMJ bersama FAM tidak sampai setahun tetapi kita tak nafikan sejak TMJ menjadi Presiden FAM, banyak perubahan besar yang berlaku ke atas dunia bola sepak Malaysia. Malah struktur bola sepak tanah air semakin tersusun rapi dengan adanya TMJ pada ketika itu.

Malangnya Syed Saddiq juga belum cukup setahun memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia tetapi mempersoalkan kredibiliti dan pengorbanan Tunku Mahkota Johor. Apakah pergorbanan dan pencapaian Syed Saddiq yang sudah diberikan kepada belia dan sukan di Malaysia?

Admin berharap semoga isu ini tidak berpanjangan dan terus memajukan sukan di Malaysia.

Related Posts

Add Comment