TMJ Ucap Syabas Terengganu Menaik Taraf Padang Stadium Sultan Mizan

TMJ Ucap Syabas Terengganu Menaik Taraf Padang Stadium Sultan Mizan. Pengerusi Malaysian Football League (MFL), Tunku Mahkota Johor (TMJ) memuji usaha yang dilakukan oleh Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu dengan menaik taraf padang Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Menerusi story Instagram baginda¬† menyatakan “Syabas Terengganu.¬†Inilah cara untuk maju kehadapan dan meningkatkan piawaian kelab bola sepak. Paling penting nombor 1, kualiti padang bola sepak. Tahniah.”

TMJ Ucap Syabas Terengganu Menaik Taraf Padang Stadium Sultan Mizan

Sebelum ini, pihak kerajaan negeri melalui Pengerusi Jawatankuasa (Exco) Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu, YB Wan Sukairi Wan Abdullah telah mengumumkan bahawa pembiayaan naik taraf padang Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin datangnya daripada MFL dengan jumlah RM1 juta.

Dengan kerja-kerja naik taraf ini, skuad Terengganu FC dapat bermain di atas padang yang lebih berkualiti. Tambahan pula, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) memiliki kapasiti yang lebih besar berbanding Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang hanya memuatkan lebih kurang 15,000 orang sahaja.

TMJ Ucap Syabas Terengganu Menaik Taraf Padang Stadium Sultan Mizan

Berdasarkan perkongsian laman Facebook Pengurusan Kompleks Sukan Negeri Terengganu kongsikan tentang kerja-kerja naik taraf padang di SSMZA itu sedang giat dijalankan. Kerja-kerja memindahkan rumput sedia ada untuk ditanam semula pada Padang Latihan B. Selain itu juga kerja-kerja pengalihan rumput padang SSMZA terus dijalankan.

Foto Kredit : Pengurusan Kompleks Sukan Negeri Terengganu

Related Posts

Add Comment