TMJ Menegur Syed Saddiq Isu Penamatan Kontrak TM, Mengapa Menteri Membisu? Berikutan isu penamatan kontrak antara Malaysian Football League (MFL) dengan Telekom Malaysia (TM) selaku penaja utama Liga Malaysia musim 2019. Kini, Pengerusi MFL, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegur Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selaku Menteri Belia dan Sukan yang mengambil sikap membisu berhubung penamatan kontrak Telekom Malaysia Berhad (TM) sebagai penaja utama MFL.
TMJ Menegur Syed Saddiq Isu Penamatan Kontrak TM, Mengapa Menteri Membisu?
Menerusi laman Twitter HRH Crown Prince of Johor mengatakan, “Menteri Belia dan Sukan sepatutnya membela sukan No. 1 negara. Telekom Malaysia tarik balik sponsorship dan yang terjejas semua pasukan yang bertanding,”
Pada 15 Mac lalu, MFL mengumumkan penamatan kontrak Telekom Malaysia sebagai penaja utama Liga Malaysia ekoran kegagalan syarikat telekomunikasi itu mematuhi kontrak perjanjian termasuk gagal membuat bayaran penajaan untuk tahun 2019 berjumlah RM60 juta.
Menteri Belia dan Sukan sepatutnya membela sukan nombor 1 negara. Telekom Malaysia tarik balik sponsorship dan yang terjejas semua pasukan yang bertanding. Sukma meeting berapa banyak kali tapi duit masih tak disalurkan lagi ke Johor. Sila buat kerja bukan sekadar all talk.
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) March 29, 2019
Susulan isu itu, MFL mengheret TM ke mahkamah dengan memfailkan saman melebihi RM400 juta kerana mahu mempertahankan kepentingan pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia (Liga M).
Dalam perkembangan lain, dalam Twitter Tunku Ismail juga menegur Kementerian Belia dan Sukan yang masih gagal menyalurkan peruntukan kepada Johor yang bakal menjadi tuan rumah SUKMA tahun hadapan.
Sumber : Twitter HRH Crown Prince of Johor