AFC B-23 : Kim Swee & Ultras Malaya Seru Penyokong Banjiri Stadium Shah Alam

AFC B-23 : Kim Swee & Ultras Malaya Seru Penyokong Banjiri Stadium Shah Alam. Esok tugas berat buat skuad Harimau Malaya bakal membuat perhitungan dengan China pada perlawanan terakhir kelayakan di Stadium Shah Alam, Selasa ini bagi penentuan juara Kumpulan J untuk layak automatik ke Kejuaraan B-23 AFC 2020 di Thailand. Dua kemenangan sudah digapai oleh skuad muda negara selepas menewaskan Filipina 3-0 dan Laos yang memberi tentangan hebat dengan berkesudahan 1-0.

Tugas sebenar esok menanti skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee yang perlu menang atau sekurang-kurangnya seri dengan China untuk merebut slot ke Bangkok tahun hadapan. Jika dilihat dalam dua perlawanan sebelum ini penyokong Malaysia kurang memberi sokongan padu dimana tidak diisi sepenuhnya.

AFC B-23 : Kim Swee & Ultras Malaya Seru Penyokong Banjiri Stadium Shah Alam

Oleh itu, Kim Swee sebagai pengendali Skuad B-22 kebangsaan memerlukan sokongan padu daripada penyokong Harimau Malaya untuk membanjiri stadium dalam aksi terakhir Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020 bertemu China di Stadium Shah Alam, jam 8.45 malam esok.

Menerusi laman sosial Ultras Malaya menyatakan, “Ok gais..ni nak cerita..esok perlawanan hidup dan mati..penting untuk semua..jadi ULTRAS MALAYA dengan tegas menyeru keseluruhan penyokong semua memenuhi segenap ruang di Stadium Shah Alam esok malam

Ingat Myanmar tahun lepas AFF? Stadium penuh macam mana pegi dia…

Esok pun kita semua kena lakukan yang sama, penuhi setiap ruang di SSA dan bawa semangat juang bersama untuk diresapi oleh para pemain B23 negara kita dan untuk ditakuti oleh pasukan lawan

Jangan banyak sembang dah, korang jalankan tanggungjawab korang untuk pastikan SSA dipenuhi dengan semangat juang Harimau Malaya

Esok MENANG atau BUNGKUS!! KITA MENANG MEREKA BUNGKUS!!

Harga Tiket Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020

Bagi penyokong Harimau Malaya yang hendak hadir ke Stadium Shah Alam sudah boleh membeli tiket secara online di laman web www.tickethotline.com.my bagi memudahkan kemasukan ke stadium tanpa perlu beratur di kaunter jualan tiket pada hari perlawanan.

AFC B-23 : Kim Swee & Ultras Malaya Seru Penyokong Banjiri Stadium Shah Alam

Tiket online dibuka sehingga 11.59 malam ini dan kaunter tiket di stadium dibuka bermula 12.00 tengah hari esok. Tiket hanya berharga RM 20 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak 7-12 tahun. Kemasukan ke stadium adalah menggunakan sistem imbasan Kod QR sepenuhnya yang diperkenalkan oleh FAM.

Ayuh rakyat Malaysia sekalian. Kita penuhkan Stadium Shah Alam malam esok!

Kredit Foto : FAM

Sumber : FB Ultras Malaya

Related Posts

Add Comment