AFC B-23: Guus Hiddink Jangkakan Perlawanan Sengit Bertemu Skuad Harimau Malaya. Selepas kemenangan ke atas Laos, skuad muda kebangsaan akan bertemu dengan China dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020. Sudah tentunya perlawanan ini sangat mendebarkan buat kedua-dua pasukan kerana menjadi penentuan pasukan mana yang bakal menduduki tangga pertama kumpulan. Sekiranya Malaysia mengungguli tangga pertama akan secara automatik ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.
Menurut Ketua jurulatih China bawah 23 tahun (B-23), Guus Hiddink menjangkakan perlawanan sengit bertemu skuad Malaysia dalam aksi terakhir Kumpulan J, kelayakan Kejuaraan AFC B-23, pada hari esok di Stadium Shah Alam.
AFC B-23: Guus Hiddink Jangkakan Perlawanan Sengit Bertemu Skuad Harimau Malaya
Sebelum itu, skuad muda China mempamerkan aksi cemerlang dimana berjaya melakar kemenangan besar ke atas Laos 5-0 dan kemudian mengatasi Filipina 8-0 dalam aksi kedua yang berlangsung pada petang semalam di Stadium Shah Alam. Kini, skuad China memimpin Kumpulan J dengan 6 mata berkongsi dengan skuad Harimau Malaya dan mereka memiliki perbezaan gol sebanyak 13 jaringan.
Manakala jalan sukar buat skuad OKS dimana wajib menang ke atas China untuk memburu slot ke Sukan Olimpik nanti. Sekiranya skuad kebangsaan hanya mencatat seri dengan China, Malaysia masih berpeluang lagi sebagai pasukan kedua terbaik namun terdapat beberapa pasukan lain yang mendahului dengan kelebihan jaringan gol.
Menurut kata Hiddink dalam Stadium Astro, “Kami menjangkakan saingan sengit berdepan Malaysia kerana mereka merupakan pasukan yang berkualiti ketika menyerang. Mereka dibarisi pemain yang berkemahiran tinggi dan satu cabaran yang baik buat pasukan,”
Skuad Malaysia bakal bertemu China dalam aksi terakhir Kumpulan J yang dijadualkan berlangsung pada hari Selasa bertempat di Stadium Shah Alam. Ayuh semua penyokong Harimau Malaya datang ramai-ramai penuhi stadium!
Sumber : Stadium Astro
Foto Kredit : FAM