MFL Tamatkan Kontrak Tajaan TM, Gagal Jelaskan Bayaran Hak Penyiaran!

MFL Tamatkan Kontrak Tajaan TM, Gagal Jelaskan Bayaran Hak Penyiaran!. Pada 29 Januari tahun lalu, Malaysian Football League (MFL) telah bekerjasama dengan Telekom Malaysia (TM) bagi menaja Liga Malaysia bernilai RM480 juta selama lapan tahun. Sekali gus penajaan ini menjadi penaja terbesar dalam sejarah sukan negara. Namun, menerusi laman sosial Malaysian Football League mencapai kata sepakat untuk menamatkan kontrak penajaan bersama Telekom Malaysia sebentar tadi.

Menurut kenyataan daripada Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam menyatakan keputusan penamatan kontrak itu dibuat berikutan kegagalan Telekom Malaysia menjelaskan bayaran hak penyiaran bagi musim ini (2019) sekaligus melanggar perjanjian yang telah dimeterai sebelum ini.

MFL Tamatkan Kontrak Tajaan TM, Gagal Jelaskan Bayaran Hak Penyiaran!

Katanya Kevin Ramalingam lagi, “Kontrak antara TM ditamatkan hari ini selepas mereka gagal membuat pembayaran pada tahun 2019 dan mematuhi kontrak yang telah dipersetujui. Kita akan mengambil tindakan undang-undang kerana Telekom melanggar kontrak yang telah ditandatangani namun tindakan selanjutnya akan dimaklumkan kemudian. “Apa pun, kita sedang berusaha mendapatkan penajaan baharu dan mungkin akan memaklumkan dalam beberapa minggu lagi,”

MFL Tamatkan Kontrak Tajaan TM, Gagal Jelaskan Bayaran Hak Penyiaran!

Dalam pada itu, Tunku Ismail menyatakan rasa kecewa baginda dengan tindakan TM dan menjelaskan bahawa MFL telah sentiasa menjadi rakan kongsi yang baik kepada syarikat gergasi telekomunikasi itu dan mahu memberi mereka masa untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

“Selain itu MFL sudah banyak kali berusaha untuk mengadakan perbincangan dengan pihak TM tetapi langkah itu menemui jalan buntu. Jadi MFL tidak boleh terus menunggu kerana kita ada tanggungjawab untuk menguruskan Liga Malaysia.

”Sejujurnya saya kecewa dengan tindakan TM  dan kita dapat melihat bahawa ada perubahan drastik dalam dalam urusan kontrak bersama MFL bermula Mei tahun lepas.

MFL Tamatkan Kontrak Tajaan TM, Gagal Jelaskan Bayaran Hak Penyiaran!

“Saya sendiri tak menjangka TM akan melakukan perkara ini kepada bola sepak Malaysia yang sudah menjadi seakan nadi seharian puluhan juta rakyat Malaysia.

“Kami tahu mungkin kerajaan atau TM mempunyai keutamaan lain tapi mereka tidak boleh membiarkan sukan nombor satu negara yang menyatukan negara menderita kerana tindakan ini. Inilah yang akan berlaku apabila sukan dipolitikkan.

Kata Tunku Mahkota Johor lagi, “Namun kita akan cuba sebaik mungkin untuk terus maju tanpa mereka kerana bolasepak ini adalah milik rakyat. Kita masih ada penaja dan pelabur dari pihak-pihak lain yang bersama kami dan ada penaja baru yang akan muncul. Itu sudah pasti,”

“MFL sentiasa mengorak langkah untuk menjaga kepentingan pasukan dengan mencari jalan mengukuhkan kewangan pasukan bertanding dalam Liga Malaysia.

Admin berharap ada syarikat swasta mana-mana yang sudi menaja bolasepak Liga Malaysia untuk saingan musim 2019 dan seberikutnya.

Kredit Foto /Sumber : MFL

Related Posts

Add Comment