ACL 2019: TMJ Bangga Skuad JDT Pamerkan Aksi Terbaik di Larkin!

ACL 2019: TMJ Bangga Skuad JDT Pamerkan Aksi Terbaik di Larkin. Kejayaan skuad Johor Darul Ta’zim mengikat keputusan seri 1-1 dengan Gyeongnam FC membuktikan pasukan dari Malaysia tidak boleh dianggap pasukan kerdil dan bukan pelengkap jadual saingan Liga Juara-Juara AFC 2019. Pemilik bolasepak Johor Darul Ta’zim, Tunku Mahkota Johor meluahkan rasa bangga terhadap pasukan JDT yang mempamerkan aksi cemerlang ketika menentang naib juara K League, Gyeongnam FC di Stadium Larkin.

ACL 2019: TMJ Bangga Skuad JDT Pamerkan Aksi Terbaik di Larkin

Menerusi kenyataan Tunku Mahkota Johor (TMJ) daripada laman sosial Johor Southern Tigers, “Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat dengan Harimau Selatan – para pemain, barisan kejurulatihan, kakitangan dan penyokong – untuk suasana yang cukup hebat sewaktu perlawanan Liga Juara-Juara AFC di Larkin malam tadi. Ia benar-benar satu suasana yang luar biasa.

Saya berasa bangga apabila Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menunjukkan bahawa kita tidak berada dalam Liga Juara-Juara AFC hanya untuk mencukupkan syarat, tetapi untuk bersaing dengan pasukan-pasukan terbaik Asia. Cara bagaimana kami beraksi adalah sesuatu yang boleh dibanggakan kerana kami bermain dalam kalangan pasukan elit Asia.

Para pemain, terutamanya pemain tempatan, telah menunjukkan kepercayaan, keberanian dan karakter untuk bersaing di peringkat tertinggi, dan saya cukup gembira dengan kemajuan yang telah dicapai oleh Harimau Selatan sejak beberapa tahun yang lalu. Luaskan Kuasamu Johor.”

ACL 2019: TMJ Bangga Skuad JDT Pamerkan Aksi Terbaik di Larkin

Skuad JDT kendalian Luciano Figueroa dijangka akan menentang Shandong Luneng dalam perlawanan ketiga Liga Juara-Juara AFC 2019 pada 9 April 2019 di Stadium Jinan, China.

Sumber Petikan : JOHOR Southern Tigers

Related Posts

Add Comment