Gyeongnam FC Hanya Mengikat Keputusan Seri, JDT Lebih Banyak Peluang Gol!

Gyeongnam FC Hanya Mengikat Keputusan Seri, JDT Lebih Banyak Peluang Gol! Saksikan pertemuan antara Johor Darul Ta’zim menentang wakil dari Korea Selatan, Gyeongnam FC dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2019. Perlawanan ini turut dipertontonkan oleh pemain lagenda Brazil, Ronaldo yang tiba di Johor petang tadi. Johor Darul Ta’zim berjaya memperoleh satu mata dalam saingan AFC Champions League 2019 selepas mengikat 1-1 dengan Gyeongnam FC.

Separuh masa pertama bermula, JDT terpaksa menerima kenyataan apabila penjaga gol utama, Farizal Marlias mengalami kecederaan ketika sesi memanaskan badan dan digantikan kepada Mohd Izham Tarmizi. Perlawanan tampak seimbang antara kedua-dua pasukan namun skuad tuan rumah lebih banyak merencanakan serangan ke kubu lawan.

Gyeongnam FC Hanya Mengikat Keputusan Seri, JDT Lebih Banyak Peluang Gol!

Safawi Rasid hampir mencetakkan gol apabila sepakan kencang daripadanya hampir menghukum pasukan pelawat namun dapat diselamatkan oleh penjaga gol, Gyeongnam FC. Pasukan pelawat juga hampir menjaringkan gol hasil daripada sepakan penjuru namun tandukan Kwak Tae-hwi tersasar jauh melewati palang gol. Keputusan separuh masa pertama berakhir 0-0.

Masuk separuh masa kedua, Gyeongnam FC mula memperkemaskan rentak permainan mereka dimana mereka berjaya mencetak gol pertama pada minit ke-52 hasil daripada Kwak Tae-hwi. Kali ini pemain Gyeongnam FC itu tidak mempersiakan peluang itu dengan menanduk cantik daripada Lee Yeong-jae.

Jaringan tersebut menyuntik moral dan semangat skuad JDT untuk mencari gol penyamaan. Akhirnya, skuad Harimau Selatan dapat menyamai keputusan 1-1 dengan Gyeognam FC apabila pasukan tuan rumah menerima sepakan penalti. Diogo Luis Santo tidak mempersiakan peluang itu dimana menyempurnakan tendangan pada minit ke-68.

Gol itu merupakan jaringan kedua Diogo Luis Santo dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2019 bersama Johor Darul Ta’zim. Sebelum ini Diogo menghadiahkan satu gol ketika perlawanan menentang Kashima Antlers.

Gyeongnam FC Hanya Mengikat Keputusan Seri, JDT Lebih Banyak Peluang Gol!

JDT terus memberi asakan dan tekanan kepada benteng pertahanan Gyeongnam FC apabila tendangan daripada Safawi Rasid dan Gonzalo Cabrera hanya mencium palang gol. Nampaknya JDT lebih mencipta peluang gol pada masa kedua namun kebanyakkan percubaan terkena palang gol.

Keputusan 1-1 antara JDT dengan Gyeongnam FC kekal sehingga wisel ditiupkan. Kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan satu mata dimana JDT bakal bertemu dengan Shandong Luneng pada perlawanan seberikutnya.

Gyeongnam FC Hanya Mengikat Keputusan Seri, JDT Lebih Banyak Peluang Gol!

JDT: Izham Tarmizi, Adam Nor Azlin, Afiq Fazail, Diogo Luís Santo, Safawi Rasid, Gonzalo Cabrera, S. Kunanlan, Hariss Harun (C), Nazmi Faiz, La’Vere Corbin-Ong, Maurício dos Santos Nascimento

GFC: Lee Bum-soo, Park Kwang-il, Kwak Tae-hwi, Bae Ki-jong (C), Luc Castaignos, Kim Seung-jun, Lee Kwang-jin, Lee Yeong-jae, Negueba, Jordon Mutch, Song Ju-hun

Kredit Foto : JST, ACL

Related Posts

Add Comment