Fakta Menarik Tentang Perlawanan JDT Menentang Gyeongnam FC

Fakta Menarik Tentang Perlawanan JDT Menentang Gyeongnam FC. Menjelang perlawanan Liga Juara-Juara AFC 2019 antara Johor Darul Ta’zim menentang Gyeongnam FC yang akan berlangsung pada malam ini. Misi penting buat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mengutip 3 mata di halaman sendiri apabila menerima kunjungan kelab dari Korea Selatan, Gyeongnam FC. Kedua-dua pasukan mempunyai keistimewaan tersendiri dan beraksi di Larkin menjadi kelebihan buat pasukan JDT. Disebalik itu peminat-peminat JDT perlu ketahui fakta menarik tentang perlawanan ini!

Fakta Menarik Tentang Perlawanan JDT Menentang Gyeongnam FC

1. Gyeongnam FC?

Gyeongnam FC adalah sebuah kelab dari Korea Selatan yang menjadi lawan JDT pada aksi kedua Liga Juara-Juara Asia 2019. Kelab ini antara pasukan yang baru ditubuhkan pada 2006 yang mempunyai persamaan dengan kelab Johor Darul Ta’zim FC yang baru dijenamakan semula sejak tahun 2013.

Kelab Gyeongnam FC yang diberikan jolokan ‘Kindergarten’ adalah naib juara Liga Korea Selatan (K1-league) musim 2018 dan merupakan kelab yang baru dinaikkan ke K1-League musim 2018 apabila muncul juara. Gyeongnam FC juga antara pasukan baharu yang pertama kali beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2019.

2. Stadium?

Gyeongnam FC memiliki stadium dikenali sebagai Changwon Football Center mempunyai kapasiti kecil yang mampu memuatkan lebih 15,000 orang dalam satu masa. Changwon Football Center yang berlokasi di Changwon, South Gyeongsang Province, Korea Selatan merupakan stadium yang mempunyai fasiliti, Infrastruktur dan kualiti padang agak terbaik.

Fakta Menarik Tentang Perlawanan JDT Menentang Gyeongnam FC

3. Suhu?

JDT tiada masalah untuk beraksi pada perlawanan ini dimana kelab Johor Darul Ta’zim adalah tuan rumah. Pasukan dari Malaysia ini sudah biasa dengan keadaan cuaca yang panas dan suhu yang tinggi. Perlawanan ini dijangka berlangsung pada pukul 8.45 malam waktu Malaysia. Situasi ini mungkin agak sukar buat pasukan Gyeongnam FC dimana mereka sudah biasa dengan keadaan yang sejuk dan dingin. Suhu di negara Malaysia berada di paras 25 darjah Celcius pada waktu malam.

Saksikan perlawanan ini antara Johor Darul Ta’zim dengan Gyeognam FC yang akan disiarkan di saluran Astro sports.

Kredit Foto : JST

Related Posts

Add Comment