ACL 2019: Safawi Rasid vs Anderson Talisca, Manakah Gol Pilihan Anda? Menerusi laman sosial AFC Champions League telah mengumumkan lima penjaring gol terbaik mingguan dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2019. Antara kelima-lima jaringan gol tersebut, terdapat dua jaringan yang hampir sama dijaringkan oleh pemain Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid dan Anderson Talisca dari Guangzhou Evergrande. Gol manakah yang terbaik dan menjadi pilihan anda?
ACL 2019: Safawi Rasid vs Anderson Talisca, Manakah Gol Pilihan Anda?
Dalam perlawanan di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Shandong Luneng menyaksikan pemain sayap JDT, Safawi Rasid menjaringkan gol yang cantik pada minit ke-60 dan merupakan jaringan tunggal buat pasukan itu. Safawi berjaya mendapatkan peluang dan mengelirukan pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan ke bucu gawang dari luar kotak penalti.
⚽ The goals just keep getting better in the #ACL2019 Allianz Goal of the Week!
🚴 Shojae Khalilzadeh
🔥 Safawi Rasid
🚀 Khojiakbar Alijonov
😘 XaviVote for your favourite goal now 👉 https://t.co/bsiVzbhoP6 pic.twitter.com/Xt4a2ARWh7
— AFC Champions League (@TheAFCCL) April 11, 2019
Walaupun Safawi menjaringkan gol tunggal buat Johor Darul Ta’zim namun pasukan dari Malaysia itu tewas kepada Shandong Luneng dengan keputusan 2-1 di Jinan.
Manakala, Anderson Talisca yang merupakan pemain import Brazil dari pasukan Guangzhou Evergrande menjaringkan gol hampir sama dengan Safawi Rasid. Beliau mendapat hantaran bola cantik daripada rakan sepasukannya lalu mengawal dengan cantik dan terus merembat ke kubu gawang dari luar kotak penalti.
Talisca menjaringkan gol pertama untuk Guangzhou Evergrande ketika menentang Melbourne Victory menyaksikan pasukan dari China itu mengatasi kelab Australia dengan keputusan 4-0.
Foto Kredit : Foxsport Asia