Lagenda Brazil Ronaldo Tiba di Johor, Lihat Infrastruktur dan Saksikan Perlawanan JDT ACL 2019. Menjelang pertemuan antara Johor Darul Ta’zim menentang Gyeognam FC dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2019 di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin malam ini. Bekas pemain Galactico, Ronaldo tiba di Johor bagi melawat infrastruktur JDT dan menyaksikan perlawanan JDT dalam saingan AFC Champions League 2019.
Pemenang Piala Dunia sebanyak dua kali dan tiga kali dinobatkan selaku Pemain Terbaik Dunia, Ronaldo Luis Nazario de Lima selamat tiba di Johor dan dibawa melihat prasarana dan infrastruktur yang dimiliki oleh Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di Pusat Latihan Padang Seri Gelam pada 12 Mac 2019.
Lagenda Brazil Ronaldo Tiba di Johor, Lihat Infrastruktur dan Saksikan Perlawanan JDT ACL 2019
Bertambah menarik, satu lagi sejarah yang cukup manis buat JDT apabila pemain lagenda Brazil dan pernah bermain untuk Barcelona, Real Madrid, AC Milan and Corinthians ini akan menyaksikan perlawanan sulung Liga Juara-Juara AFC (ACL) di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin menentang kelab Korea Selatan, Gyeongnam FC pada malam ini.
Ronaldo yang merupakan pemegang majoriti saham pasukan La Liga, Real Valladolid juga dijadualkan akan mengadakan perbincangan dengan pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagi membincangkan kemungkinan pemain-pemain muda Harimau Selatan yanh bercita-cita menimba ilmu dengan skuad Real Valladolid B.
Saksikan perlawanan menarik antara JDT dengan Gyeongnam FC yang akan berlangsung pada malam ini di Larkin.
Kredit Foto : Johor Southern Tigers