Satu Gol Cantik Safawi Rasid & Diogo Selamatkan JDT di Shah Alam. PKNS FC menerima kunjungan pasukan pendahulu Liga Super 2019, Johor Darul Ta’zim dalam aksi ke-14 yang berlangsung di Stadium Shah Alam. Sebelum ini, pasukan JDT berjaya menewaskan Pahang 2-0 di halaman sendiri manakala PKNS FC pula tewas kepada Kuala Lumpur 1-2 minggu lalu. Bekas pemain import Buriram United, Diogo Luís Santo menjadi penyelamat buat skuad Harimau Selatan apabila jaringannya meletakkan keputusan 2-1 kekal sehingga wisel ditiup.
Sepak bola bermula menyaksikan JDT dilihat pantas menguasai permainan dan cuba mengatur serangan untuk memburu jaringan awal. Manakala pasukan tuan rumah bermain secara ‘high pressing’ untuk menyaingi penguasaan bola oleh pasukan Harimau Selatan.
Satu Gol Cantik Safawi Rasid & Diogo Selamatkan JDT di Shah Alam
Peluang pertama perlawanan untuk JDT hadir melalui rembatan ini oleh Diogo Santo pada minit ke-12 namun berjaya ditepis oleh penjaga gol tuan rumah. Akhirnya, pasukan pelawat membuka jaringan pertama apabila gelecekan menarik dari Safawi Rasid melepasi 2 pertahanan PKNS dan selepas itu lencongan kaki kiri beliau telah meletakkan JDT satu gol dihadapan.
17'| GOL SAFAWI!
Gelecekan menarik dari Safawi Rasid melepasi 2 pertahanan PKNS dan selepas itu lencongan kaki kiri beliau telah meletakkan JDT satu gol dihadapan ketika ini!@ThePKNSFC 0-1 @OfficialJohor #LigaSuper2019#MFLLive#PKNSJDT pic.twitter.com/fh8wVA2RBB
— MFL LIVE (@MFL_Live) May 17, 2019
Tersentak jaringan itu, pasukan tuan rumah mula memperkemaskan permainan dan cuba untuk mencari gol penyamaan. Ternyata ia berhasil apabila pemain import PKNS FC, Romel Morales menyempurnakan jaringan gol pada minit ke-30 setelah menerima bola baik daripada gerakan oleh Kpah Sherman dan K.Gurusamy. Jaringan itu meletakkan 1-1 buat PKNS di Shah Alam ketika ini.
Sambung masa kedua, percubaan Safawi Rasid hampir membuahkan hasil namun rembatan Safawi sedikit meleset kearah pintu gol PKNS. Pasukan pelawat kembali mendahului keputusan 2-1 apabila Diogo Luis Santo menjaringkan gol ke-8 beliau musim ini selepas tandukan jarak dekat beliau menewaskan Tauffiq Rashid.
60'| GOL DIOGO!
Diogo menjaringkan gol ke-8 beliau musim ini selepas tandukan jarak dekat beliau menewaskan Tauffiq Rashid sekaligus meletakkan JDT kembali dihadapan di Shah Alam ketika ini.@ThePKNSFC 1-2 @OfficialJohor #LigaSuper2019#MFLLive#PKNSJDT pic.twitter.com/lV5yMMT9jK
— MFL LIVE (@MFL_Live) May 17, 2019
PKNS FC cuba untuk menyamai keputusan namun beberapa gerakan yang dilakukan tidak membawa jaringan gol. Gol oleh Safawi Rasid (17′) dan Diogo (60′) berikan kemenangan kepada Harimau Selatan di Shah Alam pada malam ini.
Foto Kredit : MFL