PKNP FC Berjaya Melakar Kemenangan Kedua, Terengganu FC Tumbang Lagi di Kuala Terengganu. Skuad PKNP FC mengejutkan pasukan tuan rumah apabila berjaya mengatasi 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Sepak separuh masa pertama bermula menyaksikan pasukan PKNP FC terlebih dahulu memberi tekanan kepada skuad Sang Penyu dengan rembatan dari luar kotak penalti dilakukan oleh G. Mugenthiran pada minit ke-13. Namun, sepakan itu berjaya ditepis oleh penjaga gol Terengganu FC.
Pasukan tuan rumah berjaya mengasak gawang pasukan pelawat PKNP FC dengan beberapa asakan berbahaya tetapi kegagalan untuk melakukan penyudah yang baik membantutkan usaha Terengganu FC memperoleh gol di babak pertama. Pada lewat aksi babak pertama,PKNP FC berjaya mencuri gol menerusi sepakan penalti Giancarlo Lopes. Jaringan tersebut menyaksikan Giancarlo berjaya mencetak 5 gol dalam Liga Super musim ini.
PKNP FC Berjaya Melakar Kemenangan Kedua, Terengganu FC Tumbang Lagi di Kuala Terengganu
Masuk separuh masa kedua, Giancarlo lagi sekali berjaya menjaring gol kedua menentang Terengganu FC malam ini di Kuala Terengganu dalam masa minit ke-46. Kehampaan pertahanan Terengganu FC, Adib Aizuddin membuatkan Mugenthiran berjaya merampas bola tersebut dan melakukan hantaran ke Giancarlo.
46' | GOL KEDUA GIANCARLO
Giancarlo berjaya menjaring gol kedua beliau menentang @FCTerengganu malam ini di Kuala Terengganu dalam minit pertama separuh masa kedua.#LigaSuper2019#TERPKNP#MFLLive pic.twitter.com/l3VxVMM3dk
— MFL LIVE (@MFL_Live) April 6, 2019
Tersentak dengan jaringan itu, anak buah Irfan Bakti mula perkemaskan permainan dengan melancarkan serangan ke kubu lawan. Terengganu FC berjaya mengurangkan defisit menentang PKNP FC selepas pemain jersi nombor 11, Syamim Yahya menyudahkan jaringan pada minit ke-73.
73' | GOL SYAMIM@FCTerengganu mengurangkan defisit menentang @pknp_fc selepas pemain jersi nombor 11, Syamim Yahya mendapat jaringan kedua beliau musim ini.#LigaSuper2019#TERPKNP#MFLLive pic.twitter.com/wnR5HzrOjc
— MFL LIVE (@MFL_Live) April 6, 2019
Demi percubaan dilakukan oleh skuad Sang Penyu selepas jaringan tersebut namun gagal mencari gol penyamaan menyaksikan Terengganu FC terus menimpa kekalahan ketiga dalam Liga Super musim ini.
Skuad PKNP FC berjaya melakar kemenangan kedua berturut-turut selepas menewaskan Kuala Lumpur 4-0 pada dua minggu lalu dan Terengganu FC pula penyumbang kemenangan tersebut.
Foto Kredit : MFL