JDT Membenam Red Giants 4-2, Tiada Penalti Perlawanan Ini. Perlawanan menarik menyaksikan antara juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim bertemu dengan Selangor dalam aksi kelima Liga Super Malaysia 2019. Skuad JDT membuka tirai jaringan awal pada minit ke-7 menerusi Leandro Velazquez apabila menerima hantaran baik daripada Diogo Santo.
Tidak lama kemudian, kerapuhan benteng pertahanan Selangor sekali lagi dihukum apabila Diogo Santo menyambar bola muntah daripada Khairul Azhan pada minit ke-13. JDT hanya mengambil masa 15 minit untuk mendahului dengan keputusan 2-0 memihak pasukan pelawat.
JDT Membenam Red Giants 4-2, Tiada Penalti Perlawanan Ini!
Pasukan Selangor berjaya mendapat gol pertama apabila tendangan Endrick Dos Santos dari luar kotak penalti terus menerjah gawang gol JDT. Red Giants cuba kembali merapat jurang 2-1. Selepas itu, pemain sayap JDT, Gonzalo Cabrera pula mencetak jaringan gol pada minit ke-42 sebelum Rufino Segovia merapatkan jurang gol setelah menyempurnakan jaringan pada masa tambahan babak pertama.
33' | GOL ENDRICK DOS SANTOS!
Red Giants cuba kembali dalam perlawanan ini melalui ledakan 'screamer' cantik dari Endrick Dos Santos.@FASelangorMy 1-2 @OfficialJohor #SELJDT#unifiLigaSuper2019#MFLLive pic.twitter.com/nxAcYLSDuk
— MFL LIVE (@MFL_Live) March 1, 2019
Masuk separuh masa kedua, kedua-dua pasukan menampilkan hasil bertenaga dimana Selangor terus memberi tekanan untuk menyamai jaringan. Namun, JDT menambah gol ke-4 mereka melalui Leandro Velazquez yang pantas bertindak selepas rembatan Gonzalo Cabrera ditepis penjaga gol Selangor.
68' | GOL LEANDRO VELAZQUEZ!
JDT menambah gol ke-4 mereka melalui Leandro Velazquez yang pantas memberi reaksi selepas rembatan Gonzalo Cabrera ditepis oleh Khairul Azhan.@FASelangorMy 2-4 @OfficialJohor #SELJDT#unifiLigaSuper2019#MFLLive pic.twitter.com/waJmaG48eX
— MFL LIVE (@MFL_Live) March 1, 2019
Keputusan perlawanan tamat memihak kepada JDT membenam Selangor dengan jaringan 4 gol berbalas 2.