Rufino Segovia, Taylor Regan Bergelut Kecederaan, Mauricio Akan Memperkuatkan Pertahanan JDT! Menjelang pertembungan antara Johor Darul Ta’zim menentang Selangor dalam saingan Liga Super 2019 yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam. Menurut perkhabaran, penjaring terbanyak Liga Super 2018, Rufino Segovia masih menjadi tanda tanya sama ada boleh diturunkan ketika bertemu JDT.
Hal ini disebabkan pemain import Selangor tersebut terpaksa meninggalkan sesi latihan pasukan kerana mengalami kecederaan di bahagian otot perut. Sudah tentunya memberi perkhabaran kurang baik buat pengendali Selangor, B. Sathinathan termasuk seorang lagi pemain iaitu Khyril Muhymeen yang turut mengalami kecederaan.
Rufino Segovia, Taylor Regan Bergelut Kecederaan, Mauricio Akan Memperkuatkan Pertahanan JDT!
Selain Rufino dan Khyril, pertahanan tengah Taylor Regan juga masih belum tahu status beliau sama ada boleh diturunkan atau pun tidak. Namun, pengendali Selangor boleh menarik nafas lega dimana pemain yang baru diikat iaitu Sandro da Silva dan Fandi Ahmad dijangka diturunkan menentang JDT.
Manakala untuk penyokong JDT pula berita baik buat anda dimana pemain pertahanan Mauricio Nascimento dijangka diturunkan dalam perlawanan ini setelah tidak dapat beraksi bertemu Melaka United. Namun, status seorang lagi pemain JDT Natso Insa masih jadi tanda tanya walaupun beliau sudah menjalani latihan.
Misi berat buat JDT dimana selepas menentang Selangor, pasukan itu akan berangkat ke Jepun dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2019 menentang Kashima Antlers.
Kredit Foto : JST, FA Selangor