Dua ‘Assist’ Lee Tuck dan Ashaari, Melaka United Tumbang Dengan 3 Gol!

Dua ‘Assist’ Lee Tuck dan Ashaari, Melaka United Tumbang Dengan 3 Gol! Perlawanan penting buat Terengganu FC untuk mencari kemenangan di halaman sendiri. Skuad Terengganu FC kendalian Irfan Bakti menerima kunjungan pasukan Melaka United. Pada babak pertama, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi bertenaga dan mengasak ke kubu masing-masing. Terengganu FC membuka jaringan gol pertama pada minit ke-24 yang dijaringkan Nasrullah menerusi sepakan penjuru Lee Tuck.

Terengganu FC mendahului pasukan lawan dengan gol kedua apabila Sanjar tenang menggelecek pertahanan lawan selepas menerima hantaran Lee Tuck sebelum merembat deras menggegarkan jaring gawang lawan.

Dua ‘Assist’ Lee Tuck dan Ashaari, Melaka United Tumbang Dengan 3 Gol!

 

Dalam misi pasukan Melaka United melakukan asakan ke pintu gol Terengganu FC. Sekali lagi Terengganu FC menghampakan pasukan lawan dimana Syahmi Yahya pula tenang menewaskan penjaga gol, Melaka United Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke 74′. Umpanan cantik Ashaari Shamsudin disudahkan dengan baik oleh Syahmi untuk meletakkan Sang Penyu selesa 3 gol dihadapan.

Perlawanan berakhir memihak kepada Terengganu FC dengan keputusan 3-0 ke atas Melaka United. 2 ‘assist’ daripada Lee Tuck dan 1 menerusi Ashari yang berjaya diterjemahkan dengan jaringan oleh 3 penjaring berbeza Nasrullah, Sanjar dan Syamim.

Terengganu FC nyata sukar disaingi pasukan pelawat Melaka United yang sukar mencari rentak apabila segenap posisi di atas padang lebih dikuasai oleh pemain-pemain Terengganu FC. Tiga mata yang berjaya diraih skuad Sang Penyu pada malam ini berjaya merapatkan kembali kedudukan Terengganu FC (TFC) dalam carta Liga Super 2019 dengan pasukan yang berada di kelompok atas liga dengan 9 mata.

Kredit Foto : Melaka United SA

Related Posts

Add Comment