JDT Bakal Bertemu Gyeongnam FC 12 Mac, Misi 3 Mata di Larkin! Selepas kekalahan tipis 2-1 antara pasukan Johor Darul Ta’zim dengan Kashima Antlers pada aksi pertama Liga Juara-Juara AFC 2019 di Stadium Kashima lalu. Skuad JDT kendalian Luciano Figueroa bakal menghadapi perlawanan seterusnya iaitu bertemu dengan kelab Korea Selatan, Gyeongnam FC pada 12 Mac 2019.
JDT Bakal Bertemu Gyeongnam FC 12 Mac, Misi 3 Mata di Larkin!
Misi terbaik buat pasukan JDT untuk mengutip 3 mata dimana perlawanan kedua kumpulan E Liga Juara-Juara AFC 2019 akan berlangsung di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin. Pada aksi pertama, skuad Gyeongnam FC sekadar mencatat keputusan seri 2-2 dengan kelab dari China, Shandong Luneng.
Menurut statistik selepas perlawanan berakhir, Gyeongnam FC lebih menguasai permainan ketika menentang Shandong Luneng dan masih mampu mencatat keputusan seri walaupun pasukan lawan mempunyai pemain bintang EPL, Graziano Pelle. Keputusan tersebut menyaksikan Gyeongnam FC antara pasukan pencabar dalam kumpulan E selain juara bertahan, Kashima Antlers dan Shandong Luneng.
Namun, pasukan JDT juga berpeluang cerah untuk mengutip 3 mata di Larkin berdasarkan gaya permainan mereka yang baik ketika menentang Kashima Antlers. Pasukan dari Jepun itu hanya mengambil peluang hasil kesilapan benteng pertahanan Johor Darul Ta’zim daripada Corbin Ong dan Adam Nor Azlin.
Diogo Santo berjaya mencari gol saguhati bertemu Kashima dan sudah pastinya beliau akan menjadi pilihan untuk berdepan dengan Gyeongnam FC. Jika pemain import JDT, Natso Insa pulih kecederaan lebeh awal sudah tentu pengendali JDT akan membawa masuk beliau untuk memperkuatkan jentera tengah menentang Gyeongnam.
Sama-sama peminat dan penyokong JDT nantikan perlawanan antara JDT bertemu Gyeongnam FC yang akan berlangsung pada 12 Mac ini.
Kredit Foto : ACL