Ultras Malaya Boikot Piala Airmarine, Harimau Malaya Not For Sale!

Ultras Malaya Boikot Piala Airmarine, Harimau Malaya Not For Sale! Skuad Harimau Malaya bakal bertemu dengan pasukan Singapura dalam perlawanan pertama Piala AirMarine 2019 esok hari. Walaupun bagaimanapun, penyokong tegar skuad Harimau Malaya, Ultras Malaya menyatakan pendirian untuk memboikot kejohanan empat negara Piala AirMarine 2019. Menerusi laman sosial Ultras Malaya, mereka tidak akan turun sama sekali ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada 20 dan 23 Mac akan datang.

Dalam posting itu, Ultras Malaya sekeras-kerasnya mengutuk dan tidak akan pernah bersetuju dengan sebarang eksploitasi ke atas skuad Harimau Malaya untuk kepentingan dan keuntungan poket pihak-pihak tertentu.

Ultras Malaya Boikot Piala Airmarine, Harimau Malaya Not For Sale!

Semua sedia maklum bahawa skuad Harimau Malaya kita akan dieksploitasikan di dalam kejohanan Piala Air Marine ciptaan pihak-pihak tertentu untuk mengaut keuntungan dan mengambil kesempatan ke atas semangat dan keinginan penyokong yang inginkan ranking FIFA skuad kebangsaan kita meningkat.

Pihak Ultras Malaya juga melontarkan beberapa persoalan mengenai Kejohanan Piala AirMarine 2019 antaranya iaitu pihak penganjur ProEvents mengenakan caj tiket(RM35) yang melebihi dari harga tiket perlawanan persahabatan yang biasa iaitu RM20. Sedangkan perlawanan Piala AFF pun RM30 untuk peringkat kumpulan, satu kejohanan peringkat rantau ASEAN yang juga memberikan kiraan mata yang sama dengan persahabatan kelas A.

Tambahan lagi, kejohanan ini sebenarnya hanyalah satu perlawanan persahabatan kelas A yang akan memberikan mata FIFA sebagai aksi persahabatan. Jika dibandingkan dengan harga Piala AirMarine menampakkan mereka ini mahu mengaut keuntungan atas angin dan mengambil kesempatan ke atas semangat kita semua selaku ekor Harimau Malaya.

Ultras Malaya Boikot Piala Airmarine, Harimau Malaya Not For Sale!

Eksploitasi ke Atas Harimau Malaya

Mereka turut melontarkan persoalan, kenapa FAM memberi kebenaran kepada pihak ke-3 untuk mengeksploitasi pasukan Harimau Malaya sedangkan pihak FAM boleh sahaja mengadakan perlawanan persahabatan kelas A seperti biasa dengan mengenakan caj tiket RM20 seperti selalu. Mengapa perlu diwujudkan kejohanan seperti ini sedangkan jelas tidak ada kelebihan pun kepada skuad kebangsaan, kiraan mata FIFA tetap sama iaitu mata untuk persahabatan. Jelas eksploitasi telah berlaku ke atas skuad Harimau Malaya.

Ultras Malaya juga turut ingin tahu berapakah nilai tajaan dari Air Marine sehinggakan berbaloi untuk FAM selaku badan induk menyerahkan skuad Harimau Malaya untuk dieksploitasi? Lebih mencurigakan lagi jumlah tajaan kejohanan ini tidak diumumkan oleh syarikat Airmarine Sdn Bhd.

Ultras Malaya Boikot Piala Airmarine, Harimau Malaya Not For Sale!

Perlu diingat, ProEvents adalah syarikat yang pernah menggunakan dan mengeksploitasi skuad Harimau Malaya untuk mengaut keuntungan dan kepentingan mereka dengan kebenaran dari badan induk FAM. Kini mereka membuat “COMEBACK” dengan cara serta gaya penganjuran yang berbeza agar kononnya tidak akan mendapat tentangan dari pihak penyokong.

Sehubungan itu, pihak Ultras Malaya telah sebulat suara untuk tidak menyokong dan memboikot Kejohanan Piala AirMarine dan mengumumkan “CURVA OFF” di Stadium Nasional Bukit Jalil. Skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe akan beraksi perlawanan pertama Piala AIRMARINE 2019 bertemu Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok.

Walaupun mereka memboikot pasukan Harimau Malaya, Ultras Malaya akan turun untuk memberi sokongan kepada skuad B-23 kendalian Datuk Ong Kim Swee dalam Kelayakan AFC-U23 di Stadium Shah Alam.

Sumber : FB Ultras Malaya

Foto Kredit : FAM, FB Mohd Khairil

Related Posts

Add Comment