FAM Perkenalkan Piala AirMarine 2019, New Zealand Sah Tarik Diri. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memperkenalkan satu kejohanan baharu iatu Piala AIRMARINE buat skuad Malaysia. Piala Airmarine adalah kejohanan bolasepak antarabangsa empat negara membabitkan skuad Harimau Malaya termasuk Singapura, Oman & Solomon Islands yang akan berlangsung pada tarikh perlawanan antarabangsa FIFA. Skuad kendalian Tan Cheng Hoe bakal bersaing dalam kejohanan antarabangsa empat negara ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 20 Mac & 23 Mac 2019.
Mengikut kedudukan terkini FIFA pasukan Oman menduduki tangga ke-90, Solomon Islands (143), Singapura (165) dan MALAYSIA (167). Piala AirMarine adalah medan terbaik buat skuad Harimau Malaya untuk persiapan menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 di Qatar.
FAM Perkenalkan Piala AirMarine 2019, New Zealand Sah Tarik Diri
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang jadual perlawanan Piala AirMarine 2019 termasuk memaparkan keputusan dan carta kedudukan. Format kejohanan, separuh akhir akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 20 Mac. Penentuan tempat ke-3 & aksi final pula dijadual berlangsung pada 23 Mac.
Senarai Pasukan Piala AirMarine 2019
Malaysia (Tuan Rumah)
Singapura
Solomon Islands
Oman
Jadual Perlawanan Piala AirMarine 2019
Akan dikemaskini
Selamat maju jaya buat skuad Harimau Malaya dalam aksi Piala AirMarine 2019. Semoga dapat menjulang kejuaraan piala ini.
Kredit Foto : FAM