Tahun terakhir TMJ bersama JDT

Saya yakin dan pasti rata-rata peminat pasti akan terkejut apabila mendengar berita Tunku Ismail atau lebih dikenali dengan gelaran Tunku Mahkota Johor (TMJ) bakal “angkat kaki” daripada terus menjadi pemilik kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim.

Tahun terakhir TMJ bersama JDT

Berita mengenai TMJ akan angkat kaki daripada menjadi pemilik JDT selepas baginda membuat satu story didalam laman sosial peribadinya yang mengatakan bahawa tahun ini mungkin akan menjadi tahun terakhir baginda bersama kelab yang telah menjadi juara Liga SUper sebanyak 5 kali berturut-turut itu.

Tunku Mahkota Johor ini berkata demikian selepas kecewa dengan peminat yang lebih sibuk bercerita mengenai siapa yang “dibawanya” berbanding daripada berterima kasih kepada siapa yang telah membawa mereka masuk bersama kelab dan berjaya merangkul 16 piala selama pemerintahannya.

“Mereka (semua) sibuk bercerita pasal (Mario) Gomez, Safiq Rahim, (Jorge Pereyra) Diaz, Aaron (Niguez), tapi mereka lupa siapa yang lahirkan kelab ini dan siapa yang rekrut mereka semua ini. Pemain dan jurulatih keluar masuk tetapi tetap menang 16 piala termasuk empat piala belia, 12 piala pasukan senior.

“Tiba masanya semua akan sedar. Sama macam Real Madrid, semua ingat CR7 (Cristiano Ronaldo), tapi tak semua hargai Florentino Perez. Kalau beliau, tiada Galacticos, tiada semua pemain yang beliau rekrut dan tiada semua piala yang dimenangi akhir akhir ini.

“Jujur cakap, ini mungkin akan menjadi tahun terakhir saya, cukuplah setakat ini, terima kasih. Tidak lama lagi, selamat tinggal,” luahnya.

Luahan itu hadir beberapa hari selepas Tunku Mahkota Johor itu meminta maaf kepada penyokong dan menyalahkan diri sendiri sebagai punca kepada beberapa isu semasa di kem harimau selatan, termasuklah keputusan melepaskan pemain tengah Aaron Niguez dan membawa masuk semula Leandro Velazquez.

Tahun terakhir TMJ bersama JDT

Sebagai rekod, sejak Tunku Ismail hadir dan merevolusikan JDT pada 2013, pelbagai pencapaian diraih oleh pasukan yang dahulunya dikenali sebagai Johor FC itu, pelbagai tanda aras baru ditetapkan.

Daripada sebuah pasukan yang tidak pernah memenangi apa apa dan jarang sekali menjadi tumpuan, JDT bukan sahaja menjadi sebutan penyokong bolasepak tanah air, tetapi nama mereka turut menjadi siulan di pentas Asia.

Selain pernah diperkuatkan oleh pemain pemain ternama tempatan dan terbaik dalam negara, tetapi bintang bolasepak dunia seperti Pablo Aimar, Daniel Guiza dan Luciano Figueroa (kini pengurus pasukan), juga pernah menyarung jersi pasukan ini.

Trofi saban tahun bertambah dan kemuncak segala pencapaian sudah pastinya menjuarai Piala AFC pada 2015 selain menjadi kelab pertama dari Malaysia untuk layak beraksi di saingan Kejuaraan Liga Juara Juara Asia 2019.

Justeru, andai TMJ mahu angkat kaki, bersediakah penyokong JDT untuk berdepan kehilangan ini? – Source: Foxsports

Related Posts

Add Comment