JDT Sekadar Seri 2-2 Dengan Terengganu FC, Sang Penyu Memberi Saingan Hebat!

JDT Sekadar Seri 2-2 Dengan Terengganu FC, Sang Penyu Memberi Saingan Hebat! Pasukan Johor Darul Ta’zim berkunjung ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dalam aksi ketiga Liga Super Malaysia 2019 menentang Terengganu FC. Satu perlawanan yang sangat menghiburkan dipamerkan kedua-dua pasukan dimana keputusan berakhir dengan jaringan 2-2.

JDT Sekadar Seri 2-2 Dengan Terengganu FC, Sang Penyu Memberi Saingan Hebat!

Babak masa pertama, skuad Sang Penyu membuka jaringan awal pada minit ke-7 dijaringkan oleh Khairul Izuan Rosli. Jika perlawanan sebelum ini, pasukan Terengganu hanya mencatat satu mata setelah tewas dengan Pahang dan sekadar seri bertemu PKNS FC. Sepanjang babak pertama, Terengganu FC beberapa kali berjaya menguji penjaga gawang JDT, Farizal Marlias namun keputusan berkesudahan 1-1 pada separuh masa pertama.

JDT Sekadar Seri 2-2 Dengan Terengganu FC, Sang Penyu Memberi Saingan Hebat!

Memasuki babak kedua, kemasukan pemain prolifik JDT, Aarón Niguèz memberi keyakinan baharu buat pasukan Harimau Selatan dimana beliau banyak memberi variasi kepada JDT dalam melancarkan serangan ke arah kubu Sang Penyu. Pasukan JDT berjaya mengikat keputusan 1-1 setelah Safawi Rasid menyempurnakan jaringan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-62.

Tak sampai tempoh 10 minit, bekas penyerang Buriram United, Diogo Santo berjaya menghasilkan jaringan pada minit ke-69 menerusi sepakan penjuru daripada tendangan Aarón Niguèz. Skuad Harimau Selatan sedang mendahului ke atas Terengganu FC dengan keputusan 2-1.

JDT Sekadar Seri 2-2 Dengan Terengganu FC, Sang Penyu Memberi Saingan Hebat!

Sebelum memasuki masa tambahan, skuad Terengganu FC berjaya mengikat 2-2 setelah Kamal Azizi menjadi wira menyempurnakan jaringan pada minit ke-90. Keputusan berakhir 2-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Kredit Foto : MFL, JST

Related Posts

Add Comment