Biodata Aarón Niguèz Pemain Import JDT 2019. Liga Super Malaysia musim 2018 telah berlabuh tirai menyaksikan juara bertahan, Johor Darul Takzim berjaya mengekalkan kejuaraan Liga Super 2018 buat kali ke-5 berturut-turut. Walaupun bagaimanapun, pasukan JDT tidak berjaya menjuarai Piala FA yang dimiliki tahun 2016 dan gagal melangkah ke peringkat akhir Unifi Piala Malaysia 2018. Menerusi portal FB Johor Southern Tigers pada 19 November 2018, mereka telah mengumumkan seorang lagi pemain import baharu iaitu Aarón Niguèz. Jika sebelum ini, pasukan JDT membawa masuk Mauricio Dos Santos Nascimento untuk bermain bahagian pertahanan, kini kehadiran Aarón Niguèz akan memantapkan di bahagian sayap.
Aarón Niguèz Esclapez atau lebih dikenali sebagai Aarón merupakan pemain kelahiran Sepanyol dan bermain di bahagian sayap. Beliau merupakan abang kepada Saul Niguèz yang bermain kelab di Atletico Madrid. Menurut statistik, Aarón Niguèz pernah bermain beberapa kelab Sepanyol iaitu Almeria, Elche, Braga, Tenerife dan Real Oviedo. Kemasukan pemain ini untuk persiapan buat pasukan JDT yang menjadi pasukan pertama dari Malaysia yang akan bermain di Liga Juara-Juara AFC 2019. Mampukah Aarón menggalas tugas berat sebagai sayap baharu JDT?
Biodata Aarón Niguèz Pemain Import JDT 2019
Berikut adalah biodata Aarón Niguèz pemain import baharu pasukan Johor Darul Ta’zim musim 2019 :
Nama Penuh: Aarón Niguèz Esclapez
Nama Popular: Aarón
Asal: Elche, Spain
Umur: 29 Tahun (2018)
Adik-beradik : Saul Niguèz, Jonathan Niguèz
Posisi: Sayap
Ketinggian : 1.74m
Kelab Dahulu: Valencia B, Valencia, Xerez (loan), Iraklis (loan), Rangers (loan), Celta (loan), Recreativo (loan), Almeria, Elche, Braga, Tenerife dan Oviedo
Kelab Sekarang: Johor Darul Takzim (2019)
Pengumuman Aarón Dari Portal Johor Southern Tigers

Kredit imej : Johor Southern Tigers
Highlight Video Aksi Aarón Niguèz
INFO BERKAITAN : Mauricio Dos Santos Nascimento Pemain Import JDT Baharu
Semoga kehadiran Aarón Niguèz dapat memperkuatkan jentera serangan pasukan Johor Darul Takzim dalam mengharungi Liga Malaysia dan Asia Champions League musim 2019. Selamat maju jaya! Jangan lupa follow ig @arenasukandotnet dan page FB Arenasukan.