Biodata Mauricio Dos Santos Nascimento Pemain Import JDT 2019. Liga Malaysia musim 2018 telah berlabuh tirai, dimana pasukan Johor Darul Takzim berjaya mengekalkan kejuaraan Liga Super 2018 sebanyak lima kali berturut-turut. Walaupun bagaimanapun, pasukan JDT tidak berjaya menjuarai Piala FA yang dimiliki tahun 2016 dan gagal melangkah ke peringkat akhir Unifi Piala Malaysia 2018. Menerusi portal FB Johor Southern Tigers, mereka telah mengumumkan seorang pemain import baharu untuk musim 2019. Mauricio Dos Santos Nascimento adalah pemain import baharu JDT yang akan mengambil tempat posisi pertahanan daripada Antonio yang dikhabarkan akan bersara musim ini.
Mauricio Dos Santos Nascimento atau lebih dikenali sebagai Mauricio merupakan pemain kelahiran Brazil dan bermain di bahagian pertahanan di beberapa kelab terkemuka antaranya Lazio, Spartak Moscow dan Sporting Lisbon. Kemasukan pemain ini untuk persiapan buat pasukan JDT yang menjadi pasukan pertama dari Malaysia yang akan bermain di Liga Juara-Juara AFC 2019. Mampukah Mauricio menggalas tugas berat ini sebagai benteng pertahanan JDT?
Biodata Mauricio Dos Santos Nascimento Pemain Import JDT 2019
Nama Penuh: Mauricio Dos Santos Nascimento
Nama Popular: Mauricio
Asal: Sao Paolo, Brazil
Umur: 30 Tahun (2018)
Posisi: Pertahanan Tengah
Ketinggian : 1.85m
Kelab Dahulu: Palmeiras, Portuguesa (loan), Vitoria (loan), Joinville (loan), Sporting Lisbon, Lazio, Spartak Moscow, Legia Warsaw (loan)
Kelab Sekarang: Johor Darul Takzim (2019)
Pengumuman Mauricio Dari Portal Johor Southern Tigers
Highlight Aksi Mauricio
INFO BERKAITAN : Senarai Gosip Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2019
Semoga kehadiran pemain import baru ini dapat memperkuatkan jentera pasukan Johor Darul Takzim dalam mengharungi Liga Malaysia musim 2019.