Armin Maier Bekas Pemain Young Lions Bakal Sertai JDT

Armin Maier Bekas Pemain Young Lions Bakal Sertai JDT. Bekas pemain skuad Singapura B-22, Armin Maier dilaporkan bakal menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas menjalani sesi ujian bersama Harimau Selatan. Pemain berdarah kacukan Jerman-Singapura itu mengumumkan statusnya di laman Instagram peribadinya. Armin Maier merupakan pemain yang beraksi di bahagian tengah dan pernah menyertai FC 07 Albstadt, Young Lions dan FC Kreuzlingen di Liga Divisyen 2 Switzerland.

Armin Maier Bekas Pemain Young Lions Bakal Sertai JDT

Menerusi laman Instagram Armin menyatakan, “Sukacita diumumkan bahawa sesi ujian saya bersama Johor Darul Ta’azim berakhir dengan jayanya dan saya telah melakukan terbaik untuk memikat hati barisan kejurulatihan sepanjang saya di Johor.

“Ianya satu penghormatan setakat ini, untuk menjalani latihan dengan salah satu pasukan paling profesional dan terbaik di Asia dengan kemudahan latihan bertaraf dunia.”.

View this post on Instagram

Very happy to announce that my trial with @officialjohor has been successful and I have done enough to impress the coaching staff during my time in Johor. It has been a great honour so far, training with one of the best and most professional football clubs in Asia at such outstanding world class facilities. Thank you so much Your Royal Highness @hrhcrownprinceofjohor for giving me the opportunity to train with your prestigious club in the first place , I will be forever grateful 🙏🏼 To all the people that have been supporting me since my first day in Johor, thank you very much as well. Unfortunately there are some formalities that have to be resolved prior to me joining the club. This means I will be heading back to Germany and will return to this beautiful state in a couple of weeks time, once everything is settled. Until then, I wish the club nothing but the best. Luaskan Kuasamu Johor🔴🔵 See you again soon, #JDTfamily 🙋🏽‍♂️. #JohorSouthernTigers#JDTforAll #HarimauSelatan#LuaskanKuasamu #Alhamdulillah

A post shared by Armin Maier (@armin_97) on

Armin juga mengucapkan terima kepada pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, DYAM Tunku Mahkota Johor yang memberikan beliau peluang untuk jalani ujian latihan dengan pasukan tersebut. Terima kasih kepada anda yang memberi sokongan sejak pertama kali di Johor.

Armin Maier Bekas Pemain Young Lions Bakal Sertai JDT

Namun begitu, Armin turut menyatakan bahawa dia tidak akan dapat terus menyertai pasukan Harimau Selatan kerana ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan. Buat sementara ini, Armin akan berangkat ke Jerman dan kembali semula ke Johor dalam masa beberapa minggu selepas semua perkara selesai.

Sumber : IG Armin Maier

Kredit foto: Persatuan Bolasepak Singapura (FAS)/Armin Maier

Related Posts

Add Comment