Segelintir Pasukan Nak Tiru JDT Tapi Gagal – TMJ. Kini, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim menjadi sebutan media-media antarabangsa termasuk pemerhati bolasepak Asia dan dunia. Ini disebabkan kelab JDT adalah satu-satunya pasukan daripada Malaysia yang berjaya menempa nama dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2019. Mereka kagum dengan pemilik kelab JDT, DYAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berjaya membawa kelab setahun jagung ini ke pentas antarabangsa.
Menerusi video yang dikongsikan di laman sosial JOHOR Southern Tigers, pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor menyatakan ada pasukan yang nak tiru macam JDT. Selepas melihat segelintir pasukan yang cuba untuk ‘meniru’ skuad Harimau Selatan itu, namun gagal apabila mereka tidak mementingkan perkara yang sepatutnya menjadi keutamaan.
Segelintir Pasukan Nak Tiru JDT Tapi Gagal – TMJ
Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkata, “Semua orang nak jadi JDT dan semua nak buat apa yang JDT buat. Tetapi perkara pertama yang saya buat adalah tambah baik padang.
“Kenapa? Sebab di sinilah (padang) orang bermain bola sepak di atas padang. Tetapi sedih (apabila) orang lain tukar papan LED, tukar bangku pemain simpanan dengan kerusi kereta macam kita, semua nak buat. Sepatutnya benda pertama orang tukar ialah padang bola sepak. Apapun, ini semuanya adalah mindset dan kalau kita tak tukar mindset, kita takkan berjaya.”
Disebalik kejayaan kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim, kemasukan Tunku Mahkota Johor mencetuskan evolusi pasukan itu yang menyaksikan mereka terus mendominasi Liga Malaysia buat lima musim berturut-turut sejak tahun 2014.
Dalam masa sama, kelab JDT sudah memiliki pelbagai prasarana dan fasiliti berkelas dunia sejak awal permulaan gerak langkah aspirasi pembinaan kelab itu. Kemudahan yang sentiasa dinaiktaraf dari semasa ke semasa itu berada di tempatnya tersendiri.
Antara yang istimewa adalah Pusat Latihan Tertutup JDT di Padang Seri Gelam. Ilham tersebut datang daripada pemilik kelab JDT, Tunku Mahkota Johor. Menurut kata TMJ lagi, “Dua benda yang saya bangga tetapi masih lagi perlu penambahbaikan ialah pusat pemulihan dan padang bola sepak. Kedua-dua ini adalah ‘baby’ saya,”
Kredit Sumber/ Foto : JST