Penalti Lee Tuck Mengikat The Boss Gaurus, Misi Balas Dendam Tercapai!

Penalti Lee Tuck Mengikat The Boss Gaurus, Misi Balas Dendam Tercapai! Perlawanan menarik antara Terengganu FC menentang Perak FA dimana aksi pertemuan ulangan perlawanan akhir Piala Malaysia 2018. Skuad The Boss Gaurus memulakan langkah baik apabila hampir menjaringkan gol pada minit ke-12 hasil tendangan jarak jauh daripada Gilmar da Silva.

Penalti Lee Tuck Mengikat The Boss Gaurus, Misi Balas Dendam Tercapai!

Terengganu FC juga melakukan serangan ke arah kubu pihak lawan, namun sepakan daripada penyerang import Sang Penyu, Kipre Tchethe gagal menghasilkan gol. Untuk setakat perlawanan ini, Kipre Tchethe masih gagal menjaringkan sebarang gol untuk musim ini. Keputusan berakhir 0-0 pada babak pertama.

Masuk masa kedua, akhirnya pasukan pelawat menjaringkan gol apabila Wander Luiz meledak jaringan pertama The Boss Gaurus pada minit ke-73. Kedua-dua pasukan mengharapkan pemain import masing-masing untuk menghasilkan jaringan gol.

Tidak lama kemudian, Sang Penyu menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti daripada Lee Tuck. Terdahulu beliau dikasari oleh Kenny Pallraj di dalam kotak penalti dan mempersiakan jaringan gol.

Kedua pasukan akhirnya terpaksa berpuas hati setelah perlawanan berkesudahan seri 1-1 menerusi jaringan Wander Luiz dan sepakan penalti Lee Tuck.

Kredit Foto : Terengganu Football Club

Related Posts

Add Comment