The Boss Gaurus Kekalkan 3 Pemain Import Untuk Liga Super 2019. Desas desus penghijrahan pemain import Perak FA ke pasukan lain akhirnya terjawab dimana tiga pemain import kelahiran Brazil iaitu Leandro Dos Santos Oliviera, Wander Luiz dan Gilmar Da Silva sah kekal bersama skuad The Boss Gaurus untuk musim 2019. Hal ini dimaklumkan daripada Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) yang mengumumkan ketiga-tiga pemain import Perak kekal di bawah jurulatih, Mehmet Durakovic.
The Boss Gaurus Kekalkan 3 Pemain Import Untuk Liga Super 2019
Mereka antara watak penting buat pasukan Perak dimana berjaya membantu Perak merangkul Piala Malaysia musim 2018. Sebelum ini ada khabar angin mengatakan tiga pemain import ini akan ditamatkan kontrak yang menjadi bualan hangat di media massa.
Di samping itu, Presiden Perak yang baharu dipilih oleh PAFA yang menggantikan Hasnul Zulkarnain akan menggalas tugas berat dimana beliau adalah Menteri Besar Perak dan Presiden PAFA baharu.
Dengan kejayaan Perak merangkul kejuaraan Piala Malaysia musim 2018 dan menduduki tangga kedua dalam saingan Liga Super Malaysia 2018 sekaligus mereka akan beraksi dalam pusingan play-off Liga Juara-Juara AFC 2019.
BACA JUGA : Senarai Pemain Perak FA Liga Super 2019