Piala Airmarine: Kealpaan Pertahanan Harimau Malaya, Faris Ramli Membawa Singapura ke Final. Gol daripada Faris Ramli pada penghujung perlawanan telah menghadiahkan kemenangan buat pasukan Singapura apabila mereka menumpaskan skuad Harimau Malaya 1-0 dalam perlawanan yang telah berlangsung sebentar tadi. Dalam perlawanan ini, Tan Cheng Hoe nampaknya menggunakan formasi yang sama seperti ketika Kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 cuma pemilihan pemain sedikit berbeza. Syazwan Zainon mengambil alih tempat Safawi Rasid dan dimasukkan Azam Azih sebagai pemain utama dalam perlawanan ini.
Pada babak pertama, skuad Singapura kendalian Nazri Nasir lebih berbisa daripada pasukan Malaysia dimana banyak memberi serangan kepada pasukan Malaysia. Deretan peluang yang dipamerkan oleh skuad Singapura dan kegopohan benteng pasukan tuan rumah hampir dihukum. Namun, gagal menghasilkan gol.
Piala Airmarine: Kealpaan Pertahanan Harimau Malaya, Faris Ramli Membawa Singapura ke Final
Kesilapan pertahanan Perak, Shahrul Mohd Saad pada minit ke-12 hampir menghukum pasukannya sendiri apabila beliau gagal mengawal bola dengan baik di kawasan sendiri sehingga berjaya dirampas Muhamad Yasir Hanapi. Kredit diberikan kepada penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat yang berjaya menepis bola daripada Yasir Hanapi dan meletakkan keputusan masih 0-0.
Masuk separuh masa kedua, menyaksikan Harimau Malaya mula garang dengan kemasukan Halim Saari untuk menggantikan Nor Shahrul Idlan Talaha memberikan bahagian tengah lebih efektif. Malaysia nampak lebih menyerang tetapi serangan yang dilakukan dipersiakan begitu saja seakan tidak dapat membaca pergerakan rakan sendiri.
Mahamadou Sumareh Merencanakan Serangan
Beberapa percubaan dibuat oleh pemain sayap Pahang, Mahamadou Sumareh yang melakukan serangan di bahagian sayap kanan namun rembatannya mudah dihalang oleh penjaga gol Singapura. Susulan itu, ketua kebangsaan juga hampir menjaringkan gol tetapi peluang yang dapat dipersiakan.
Pada minit ke-82, peluang yang diperolehi skuad Singapura tidak dipersiakan dimana Faris Ramli berjaya mencipta gol pertama setelah menerima lorongan bola daripada Khairul Amri. Skuad negara ketinggalan satu gol dengan pasukan pelawat, namun jaringan itu berjaya kekal sehingga ke wisel penamat.
AIRMARINE Cup 2019 | Wednesday, 20 March 2019
GOAL
Faris Ramli 82'MALAYSIA 0-1 SINGAPORE#FAM #HarimauMalaya #AIRMARINECup2019 pic.twitter.com/i4VCOccSlU
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) March 20, 2019
Skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe tewas 1-0 dengan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil. Keputusan itu memberikan pasukan Singapura bertemu dengan Oman dalam perlawanan akhir Piala Airmarine 2019. Manakala skuad negara akan menentang Afghanistan dalam tempat ketiga/ keempat pada hari Sabtu ini.
Foto Kredit : FAM