Pengurus JDT Akui Kad Merah Awal Tugas Sukar Buat Pemainnya

Pengurus JDT Akui Kad Merah Awal Tugas Sukar Buat Pemainnya. Selepas kekalahan pasukan Johor Darul Ta’zim 1-0 dengan PKNS FC dalam saingan Shopee Piala FA 2019 menyaksikan skuad Harimau Selatan gagal mara ke peringkat suku akhir. Pengurus pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Luciano Figueroa mengakui tugas sukar yang dihadapi pemainnya apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain selama 80 minit.

Pengurus JDT Akui Kad Merah Awal Tugas Sukar Buat Pemainnya

Hal ini kerana pemain pertahanan JDT, Kiko Insa dilayangkan kad merah pada minit ke-10 selepas mengasari pemain PKNS, Faizat Ghazali. Mana-mana pasukan pun amat sukar bermain dengan 10 pemain terutamanya seawal minit ke-10.

Pengurus JDT Akui Kad Merah Awal Tugas Sukar Buat Pemainnya

Menerusi laman sosial Johor Southern Tigers, Luciano Figueroa mengatakan “Biarpun bermain dengan 10 pemain, kami tetap cuba menyerang dan menjaringkan gol. Kami mempunyai banyak peluang. Jika anda bermain dengan 10 pemain dan mendapat peluang, ianya perlu disempurnakan. Saya perlu beri penghargaan kepada semua pemain kerana memberikan yang terbaik biarpun terpaksa beraksi dengan 10 pemain.”

Ketika ditanya mengenai insiden yang menyebabkan Kiko Insa dilayangkan kad merah, Luciano menyatakan dia tidak dapat melihat insiden itu dengan jelas.

“Ianya memang satu kesalahan kad merah kerana Kiko (Insa) adalah pemain terakhir. Saya tidak pasti jika dia ada menyentuh pemain itu atau tidak. Saya tidak boleh ulas kerana saya tidak pasti jika itu adalah satu ‘foul’, kerana saya tidak dapat melihat insiden itu dengan jelas. Tetapi jika ianya satu kekasaran, ia memang satu kesalahan kad merah.”

Pengurus JDT Akui Kad Merah Awal Tugas Sukar Buat Pemainnya

Skuad JDT akan bertemu pasukan PKNS sekali lagi pada Sabtu ini di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos untuk saingan Liga Super Malaysia. Selain itu, Luciano Figueroa turut berkata, “Kami telah melakukan penggiliran pemain kerana kami mempunyai banyak perlawanan. Para pemain juga agak keletihan disebabkan oleh ‘travel’, dan perlawanan yang mencabar iaitu Liga Juara-Juara AFC (ACL).”

Selepas ini JDT bakal bertemu dengan PKNS FC dalam saingan Liga Super 2019 dan 4 hari kemudian akan beraksi menentang Shandong Luneng di Larkin.

Foto Kredit : MFL

Related Posts

Add Comment