Sepakan Freekick Safawi Rasid Bantu Tewaskan Laos, Ujian Getir Bertemu China! Tahniah kepada pasukan B-23 Malaysia yang mencatatkan kemenangan kedua dengan menumpaskan Laos 1-0 di Stadium Shah Alam untuk menduduki tempat kedua di Kumpulan J Kelayakan Piala AFC B23 2020. Safawi Rasid memastikan pasukan Malaysia berjaya mengutip enam mata penuh dalam dua perlawanan terawal Kumpulan J pusingan kelayakan Kejuaraan AFC B-23 edisi 2020.
Dalam perlawanan ini, pengendali skuad muda negara, Datuk Ong Kim Swee merehatkan beberapa pemain utama antaranya Safawi Rasid, Nik Akif, dengan keyakinan misi 3 mata dicari. Di separuh masa pertama, skuad negara merencanakan serangan awal dimana pada minit ke-12, Akhyar Rashid mendapat peluang keemasan namun percubaan tersasar.
Sepakan Freekick Safawi Rasid Bantu Tewaskan Laos, Ujian Getir Bertemu China!
Di bahagian tengah, skuad Malaysia terlalu berharap pemain sayap seperti Akhyar Rashid dan Faisal Halim dimana Danial Haqim dan Thivan nampak sedikit bergelut dan tidak begitu serasi. Kelihatan separuh masa pertama pemain Laos lebih mendominasi di bahagian tengah. Keputusan berakhir 0-0 pada separuh masa pertama.
Bersambung masa kedua, nampaknya pasukan Laos lebih mengawal permainan dan terus melakukan ancaman di kubu Malaysia menerusi percubaan deras Kaharn Phetsivila. Seakan skuad kebangsaan buntu untuk mencarikan gol menampakkan keputusan boleh berakhir seri. Pengendali Harimau Malaya, Kim Swee melakukan perubahan dengan memasukkan Safawi Rasid dan Jafri Chew pada minit ke-54.
Beberapa percubaan dilakukan Laos dimana mereka hampir menjaringkan gol pada minit ke-64 daripada sepakan Bounphachan Bounkong, namun penjaga gol Malaysia Haziq Nadzli berjaya menepis bola itu.
Pada minit ke-81, Safawi Rasid berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan percuma yang terkena palang dan membias terkena badan penjaga gol Laos. Sepakan Safawi cukup bertuah buat skuad Harimau Malaya dimana satu-satunya gol yang terhasil malam ini.
2020 AFC U-23 Championship Qualifiers | Sunday, 24 March 2019
GOAL!
Safawi Rasid 81'LAOS 0-1 MALAYSIA#FAM #HarimauMalaya #AFCU23 pic.twitter.com/csCWlLFGT4
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) March 24, 2019
Perlawanan ini berakhir dengan keputusan 1-0 memihak kepada Malaysia. Kesukaran menanti buat skuad OKS yang bakal menentang China PR pada hari Selasa ini di Stadium Shah Alam.
Kredit Foto : FAM