Jadual Kelayakan Piala Asia B-23 2022 Malaysia (Keputusan)

Jadual Kelayakan Piala Asia B-23 2022 Malaysia (Keputusan). Bilakah perlawanan Kelayakan Piala Asia B-23 AFC 2022? Skuad Malaysia yang diwakili skuad B-20 kebangsaan kendalian Brad Maloney akan berdepan Thailand, Laos dan Mongolia dalam Kumpulan J pada Kelayakan Piala Asia B-23 2022 yang akan berlangsung di Mongolia dari 27 hingga 31 Oktober 2021 bagi merebut 15 slot terbaik bersama tuan rumah, Uzbekistan ke pusingan akhir edisi kelima kejohanan tersebut di Tashkent. Malaysia akan membuka tirai saingan bertemu Laos pada 27 Oktober 2021, diikuti aksi kedua berdepan tuan rumah, Mongolia pada 29 Oktober 2021, sebelum menentang Thailand pada aksi terakhir pada 31 Oktober 2021. Mampukah skuad negara berjaya ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2022?

Jadual Kelayakan Piala Asia B-23 AFC 2022 Malaysia (Keputusan)

Sebagai rekod, Piala Asia B-23 sebelum ini dikenali sebagai Kejuaraan B-23 AFC yang mana pada empat edisi terdahulu sejak 2013, Malaysia hanya sekali berjaya melepasi saingan kelayakan dan layak ke pusingan akhir pada 2018 di China dengan mara sehingga suku akhir sebelum tewas kepada Republik Korea. Ianya merupakan program jangka panjang FAM bagi skuad B-23 kebangsaan menghadapi kelayakan ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis yang mana barisan pemain yang perlu dipersiapkan ke arah itu adalah dari skuad B-20 kebangsaan ketika ini iaitu para pemain yang berusia 20 tahun dan ke bawah pada tahun ini (2021).

Jadual Kelayakan Piala Asia B-23 2022 Malaysia (Keputusan)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Kelayakan Piala Asia B-23 AFC 2022 termasuk memaparkan keputusan beserta carta kedudukan :

Undian Kelayakan Piala Asia B-23 AFC 2022

  • Kumpulan A : Syria, Qatar, Yaman, Sri Lanka
  • Kumpulan B : Iran, Tajikistan, Lubnan, Nepal
  • Kumpulan C : Iraq, Bahrain, Afghanistan, Maldives
  • Kumpulan D : Arab Saudi, Bangladesh, Kuwait, Uzbekistan
  • Kumpulan E : Emiriah Arab Bersatu, Oman, India, Kyrgyzsta
  • Kumpulan F : Jordan, Palestin, Turkmenistan
  • Kumpulan G : Australia, China, Indonesia, Brunei
  • Kumpulan H : Korea Selatan, Timor-Leste, Filipina, Singapura
  • Kumpulan I : Vietnam, Myanmar, Taipei, Hong Kong
  • Kumpulan J : Thailand, Malaysia, Laos, Mongolia
  • Kumpulan K : Korea Utara, Jepun, Kemboja

Keputusan Kelayakan Piala Asia B-23 AFC 2022

  • 27 Oktober 2021 – Malaysia vs Laos
  • 29 Oktober 2021 – Mongolia vs Malaysia
  • 31 Oktober 2021 – Thailand vs Malaysia

Semoga skuad negara berjaya melayakkan ke Kejuaraan B-23 AFC 2022.

Sumber

Related Posts

Add Comment