Melaka United Tewas Tipis Dengan JDT 1-2 di Larkin

Melaka United Tewas Tipis Dengan JDT 1-2 di Larkin. Pasukan Melaka United bertandang ke Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos dalam pertembungan antara Johor Darul Ta’zim. Perlawanan ini adalah aksi keempat Liga Super Malaysia 2019 yang menyaksikan kedua-dua pasukan ini mengutip mata yang sama. Bekas kapten JDT, Safiq Rahim antara pemain yang menjadi tumpuan perlawanan ini dimana beliau adalah bekas pemain kesayangan JDT.

Pada babak pertama, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi seimbang dimana antara satu sama lain melakukan serangan. Dalam perlawanan ini juga pemain import baharu JDT, Leandro Velazquez telah disenaraikan kesebelasan utama untuk mengemudi jentera tengah skuad Harimau Selatan.

Melaka United Tewas Tipis Dengan JDT 1-2 di Larkin

Pasukan JDT kendalian Luciano Figueroa membuka jaringan pertama pada minit ke-34 apabila pasukan itu mendapat sepakan penalti. Gonzalo Cabrera tidak mensia-siakan peluang ini dimana beliau tenang menjaringkan gol penalti.

Melaka United Tewas Tipis Dengan JDT 1-2 di Larkin

Sebelum separuh masa pertama berakhir, Safawi Rasid menghampakan lagi sekali penyokong pasukan Melaka United setelah beliau tenang mencetak jaringan pada minit ke-42. Safawi bijak mengecek bola dan menewaskan barisan pertahanan lawan. Separuh masa pertama berakhir memihak 2-0 kepada JDT.

Masuk babak kedua, kedua-dua pasukan merencanakan serangan ke kubu masing-masing. Pasukan Melaka United akhirnya berjaya menghasilkan gol pada minit-73 apabila Patrick Reicheilt bijak menyudahi jaringan.

Melaka United Tewas Tipis Dengan JDT 1-2 di Larkin

Perlawanan ini tamat dimana JDT berjaya menewaskan Melaka United dengan keputusan 2-1 di halaman sendiri. Pasukan JDT akan bertandang ke Stadium Shah Alam manakala Melaka United akan menerima kunjungan daripada skuad Kuala Lumpur FA.

Kredit Foto : JST

Related Posts

Add Comment