Lee Tuck Bakal Mengikut Jejak Sumareh Menyarung Jersi Harimau Malaya. Adakah Lee Tuck akan menyarung jersi skuad Harimau Malaya? Jika sebelum ini Mahamadou Sumareh mendapat hak kerakyatan dan menjadi pemain naturalisasi untuk mewakili pasukan kebangsaan Malaysia. Menurut kata daripada pengendali Terengganu FC, Irfan Bakti Abu Salim memberi cadangan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mendaftar pemain import TFC, Lee Tuck sebagai pemain tempatan.
Langkah ini mungkin masa terbaik buat FAM untuk memberikan kelayakan kepada pemain tengah Terengganu FC, Lee Tuck untuk menyarung jersi skuad negara. Pemain kelahiran England antara pemain terbaik skuad Terengganu FC dan perancang yang baik dan mampu menghasilkan gol.
Lee Tuck Bakal Mengikut Jejak Sumareh Menyarung Jersi Harimau Malaya
Menurut kata Irfan Bakti. “Apa yang saya harapkan supaya FAM mempercepatkan urusan berkaitan termasuk taraf kerakyatan Malaysia bagi membolehkan Lee Tuck didaftarkan sebagai pemain tempatan sekaligus dapat menyarung jersi skuad Harimau Malaya.
Pemain berdarah kacukan Malaysia dan England itu yang moyangnya berasal dari negara ini dikhabarkan bakal menjadi pemain Harimau Malaya selepas Mohamadou Sumareh yang membantu skuad negara muncul naib juara dalam saingan Piala AFF Suzuki 2018.
Semoga kehadiran Lee Tuck dapat memperkuatkan jentera tengah buat pasukan Harimau Malaya.