The Fighters Sedia Sekat JDT, Beri Tekanan Pendahulu Liga

The Fighters Sedia Sekat JDT, Beri Tekanan Pendahulu Liga. Perlawanan Liga Super ke-12 antara Johor Darul Ta’zim dan Felda United yang akan berlangsung di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka pada malam ini. Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) kini masih menakluki takhta Liga Super Malaysia 2019 selepas 11 perlawanan berlangsung. Perlawanan sebelum ini, JDT pernah tewaskan Felda United 3-1 di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos.

Misi The Fighters untuk mencatatkan kemenangan ke atas JDT malam ini. Menurut kenyataan daripada pengendali The Fighters, Mohd Nidzam Jamil berkata, walaupun pasukan Harimau Selatan dilabel sebagai pasukan terbaik negara, ia bukan bermakna Felda United tidak mampu memberi saingan kepada mereka.

The Fighters Sedia Sekat JDT, Beri Tekanan Pendahulu Liga

Beliau berkata lagi, “Ini adalah cabaran kepada kami dan saya tidak nampak kita ada kekurangan dari segi kualiti pemain dibandingkan pasukan mereka. Semuanya bergantung kepada mentaliti pemain, kalau mereka ingin menang dan meletakkan dalam fikiran untuk merekodkan kemenangan, sudah pasti kita dapat mengejutkan mereka.”

“Walaupun pasukan Johor Darul Ta’zim mempunyai pemain tempatan dan import yang hebat, ia bukan bermakna skuad Harimau Selatan tidak ada sebarang kelemahan. Perkara inilah yang saya sering maklumkan kepada pemain dan perubahan taktikal dilakukan saat akhir juga boleh membantu kita menjinakkan mereka, apatah lagi kita memiliki kelebihan beraksi di gelanggang sendiri.”

The Fighters Sedia Sekat JDT, Beri Tekanan Pendahulu Liga

Menurut Mohd Nidzam lagi, The Fighters tidak dapat menurunkan perancang tengah berpengalaman, Christie Jayaseelan kerana masih mengalami kecederaan. Mampukah Felda United melakukan kejutan ke atas Harimau Selatan malam ini?

Kredit Sumber : Berita Harian

Foto Kredit : JST

Related Posts

Add Comment