Luis Figo Sokong Usaha TMJ, Nak ‘Pro’ Ikut Peraturan Ditetapkan

Luis Figo Sokong Usaha TMJ, Nak ‘Pro’ Ikut Peraturan Ditetapkan. Bekas pemain lagenda dunia, Luis Figo yang kini merupakan penasihat kepada  Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) berpendapat Pengerusi Malaysian Football League (MFL), DYAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak wajar dipersalahkan di atas kelemahan-kelemahan yang semakin terserlah dalam arena bolasepak Malaysia. Menerusi kenyataanya di laman MFL menyatakan setiap pasukan perlu untuk mematuhi syarat yang telah ditetapkan.

Luis Figo tampil mempertahankan kredibiliti Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang dianggapnya sebagai ‘Bapa Pemodenan Bolasepak Malaysia’ dan bekas pemain dunia ini percaya baginda adalah tokoh paling layak untuk memacu bolasepak negara khususnya Liga Malaysia ke tahap lebih tinggi. Malah beliau turut memuji usaha Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengemudi MFL dengan baik.

Luis Figo Sokong Usaha TMJ, Nak ‘Pro’ Ikut Peraturan Ditetapkan

Menurut katanya lagi, “Saya ada terbaca ‘posting’ kurang baik mengenai tindakan pihak-pihak tertentu yang mengkritik kredibiliti Tunku Ismail dan juga MFL yang diterajuinya menerusi laporan berita ‘online’. Lalu saya terus menghubungi Tunku Ismail di mana saya memberikan kata-kata semangat kepada baginda.

“Pada saya, jika anda mahu liga menjadi lebih baik, kelab perlu mengikuti semua keperluan dan peraturan liga. Apa yang dilakukan Tunku Mahkota Johor adalah betul dan berada dalam landasan tepat.  Jika kelab tidak mematuhi peraturan dan keperluan liga, liga tidak akan bertambah menjadi semakin baik,”

Kata Luis Figo lagi, kesungguhan dan kerja keras Tunku Ismail ketika mempromosi nama Liga Malaysia di seluruh dunia telah menarik perhatiannya di mana beliau optimis baginda seharusnya diberikan penghargaan dan bukannya dipersalahkan.

Luis Figo Sokong Usaha TMJ, Nak 'Pro' Ikut Peraturan Ditetapkan

”Sekiranya anda mahukan liga menjadi baik, kelab perlu mengikuti semua keperluan dan peraturan undang-undang. ”Apa yang diusahakan oleh TMJ adalah sesuatu yang sangat betul dan jelas berada di landasan tepat.”

Sebelum ini, berdasarkan laporan terdapat beberapa pihak yang bertanding dalam saingan Liga Malaysia mempertikaikan kredibiliti MFL sebagai pengurus liga kerana menetapkan beberapa peraturan hingga menjadi bebanan kepada mereka.

Kredit Sumber : Foxsport Asia

Foto Kredit : MFL, FB Luis Figo

Related Posts

Add Comment