Tok Gajah Tewaskan Semut Merah di Shah Alam

Tok Gajah Tewaskan Semut Merah di Shah Alam. Skuad Pahang hadir ke Stadium Shah Alam sebagai pasukan pelawat untuk menentang PKNS FC dalam perlawanan ke-9 Liga Super Malaysia 2019. Satu perlawanan yang agak sukar buat pasukan kendalian Dollah Saleh untuk mengekalkan kedudukan kedua dan terus memberi cabaran kepada pendahulu, Johor Darul Ta’zim.

Sepak mula separuh masa pertama bermula menyaksikan kedua-dua pasukan saling berhati-hati dan merencanakan serangan ke pintu gol. Namun, pasukan tuan rumah mendapat jaringan awal apabila tindakan pantas dari Zarif Irfan bijak melihat peluang serangan balas dari PKNS FC seterusnya disudahkan dengan baik oleh Chan Vathanaka pada minit ke-13 untuk gol pertama perlawanan malam ini.

Tok Gajah Tewaskan Semut Merah di Shah Alam

Gol PKNS FC yang terhasil menerusi gerakan serangan balas ini banyak dipengaruhi  oleh kebijaksanaan Zarif Irfan yang memulakan gerakan dan kepantasan Kpah Sherman yang menewaskan Faisal Rosli dari bahagian kanan.

Tok Gajah kembali mengikat kedudukan pada minit ke-24 selepas hantaran lintang dari Mohamadou Sumareh disudahkan dengan baik oleh Dickson Nwakaeme walaupun beliau dikawal rapat oleh pertahan PKNS FC. Gol daripada Chan Vathanaka dan Dickson Nwakaeme meletakkan kedua-dua pasukan seimbang di Shah Alam tamat babak pertama.

Sepak separuh masa kedua, Pahang bermula garang untuk baki 45 minit yang kedua apabila percubaan cantik Safuwan Baharudin terkena tiang pada minit ke-46. Kedudukan masih terikat 1-1 ketika ini dimana skuad Tok Gajah lebih aktif bermain di kawasan PKNS FC.

Akhirnya, Ze Love berjaya mengambil kesempatan untuk tampanan terakhir ketika kekalutan dihadapan pintu gol PKNS FC bagi memastikan Pahang mendahului dalam perlawanan ini. Dengan jaringan itu meletakkan pasukan pelawat mendahului 2-1 ke atas Semut Merah.

Tamat perlawanan menyaksikan Pahang bangkit dari ketinggalan satu gol untuk menewaskan PKNS FC 2-1 di Shah Alam hasil jaringan daripada Dickson Nwakaeme dan Ze Love. Kini, skuad Tok Gajah memungut 21 mata daripada 9 perlawanan dan hanya ketinggalan dua mata daripada pasukan Johor Darul Ta’zim.

Foto Kredit : MFL

Related Posts

Add Comment