JDT Lancar Kad Visa dan Keahlian, Tiga Pakej Ditawarkan! Kad Prabayar JDT Visa telah dilancarkan oleh YAM Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim, Presiden Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan suami, Dato’ Dennis Muhammad bin Abdullah di JDT Cafe pada 13hb April 2019. Turut mengiringi keberangkatan baginda adalah Dato’ Haji Mohd Noorazam Osman, Pengerusi Yayasan JDT, YB Tuan Khuzzan Abu Bakar dan Tuan Hj On bin Jabbar selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan JDT, En. Raja Fouzeel, Pemangku Pengurus Besar Yayasan JDT dan En. Laveen Balaprabhakaran, Pengarah Urusan ICT Commerce Sdn Bhd.
JDT Lancar Kad Visa dan Keahlian, Tiga Pakej Ditawarkan!
Pelan pembangunan semula Yayasan JDT telah dijalankan dan dirangka dengan tujuan agar yayasan ini dapat bergerak dan beroperasi semula dengan struktur pentadbiran yang lebih baik bagi mencapai objektif penubuhan yang telah digariskan oleh DYAM Tunku Mahkota Johor ketika awal penubuhannya.
Dalam Kad Prabayar JDT Visa dan keahlian Yayasan JDT menawarkan tiga pakej pilihan iaitu KORPORAT minimum RM5,000 (5 Kad Prabayar JDT Visa), INDIVIDU RM100 sahaja dan KELUARGA (2 dewasa & 2 anak: RM200, 2 dewasa & 3 anak: RM220 dan 2 dewasa & 4 anak: RM240.
Semua pakej di atas adalah untuk tempoh 12 bulan dan perlu diperbaharui setiap tahun untuk memastikan keahlian Yayasan JDT anda kekal aktif. Selain itu, Kad Prabayar JDT Visa tetap kekal aktif selama 5 tahun sahaja. Permohonan baru perlu dibuat menggunakan Borang Permohonan semasa atau terkini ketika permohonan tersebut dibuat.
Antara yang sangat menarik jika anda memiliki kad itu ialah Laluan Khas di Pintu Masuk Stadium untuk Kuota Terhad sebanyak 1000 Tiket Perlawanan bagi semua perlawanan JDT FC di Stadium Larkin ISTIMEWA untuk ahli Yayasan JDT SAHAJA.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web https://www.yayasanjdt.my atau hubungi di corpcomms@kprj.com.my
Foto Kredit : JST