Jumlah Perlawanan Yang Padat, Pemain JDT Agak Keletihan – Luciano Figueroa. Selepas kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim menang tipis 1-0 ke atas Petaling Jaya City di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya semalam. Pengurus pasukan JDT, Luciano Figueroa mengakui perjalanan dan jadual perlawanan yang padat membuatkan anak buahnya agak keletihan ketika menentang PJ City FC. Pasukan JDT gagal menggandakan kedudukan setelah mendahului 1-0 pada minit ke-26 menerusi Syafiq Ahmad.
Jumlah Perlawanan Yang Padat, Pemain JDT Agak Keletihan – Luciano Figueroa
Bagaimanapun, Luciano Figueroa tetap memberikan penghargaan kepada para pemainnya kerana berjaya meraih tiga mata berharga seterusnya menjarakkan lagi kedudukan di tangga teratas liga.
Menurut Luciano Figueroa, “Kami agak keletihan dan ianya normal, kami lalui banyak perjalanan, terlibat dalam banyak perlawanan. Anda boleh lihat pada perlawanan hari ini, ketika separuh masa kedua kami amat keletihan.”
“Sangat penting mencatatkan kemenangan, saya amat gembira. Pujian kepada pemain, mereka lakukan yang terbaik.”
Selepas ini, skuad Harimau Selatan bakal menerima kunjungan Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin bagi saingan pusingan ke-3 Shopee Piala FA 2019.
Foto Kredit : JST