AFC B-23: Safawi Rasid Dilantik Sebagai Ketua Pasukan Harimau Malaya B-23 Kali Ini. Pemain sensasi Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid diangkat sebagai kapten pasukan Harimau Muda dalam kempen Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020. Pemain kelahiran Terengganu ini mula memakai lilitan kapten pada perlawanan pertama AFC-U23 menentang Filipina di Stadium Shah Alam kelmarin.
Safawi Rasid diberi tanggungjawab ini daripada jurulatih muda negara, Datuk Ong Kim Swee berdasarkan pengalaman pemain itu yang bermain di pentas antarabangsa bersama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) termasuk mempunyai kemampuan untuk membimbing rakan sepasukan.
AFC B-23: Safawi Rasid Dilantik Sebagai Ketua Pasukan Harimau Malaya B-23 Kali Ini
Pemain tengah skuad B-22 negara, Danial Amer mengakui pelantikan Safawi Rasid selaku kapten Harimau Malaya B-23 adalah keputusan tepat yang dibuat oleh pengendali skuad Malaysia. Danier Amer berkata, “Jurulatih nampak apa yang ada pada diri Safawi. Saya menyokong dan fikir dia layak untuk mengetuai pasukan kali ini.”

Daniel turut mengakui beliau tidak berdepan masalah untuk bergandingan ampuh di bahagian tengah bersama Nik Akif Syahiran walaupun sebelum ini beliau lebih kerap bergandingan bersama Nor Azam Azih. Daniel berkata lagi,” Semua orang tahu kami menyasarkan untuk ke pusingan akhir di Thailand, jadi kami akan beri yang terbaik.” Dipetik kata daripada Stadium Astro.
Selepas menewaskan Filipina, skuad muda negara akan menentang Laos pada Ahad ini dan kemudian bertemu dengan China pada 26 Mac 2019. Bagi juara setiap kumpulan dalam kelayakan ini akan layak secara automatik ke Kejuaraan B-23 AFC 2020 yang akan berlangsung di Thailand.
Foto Kredit : JST