Putera Saudi Tingkatkan Bidaan RM20 Bilion, Tetap Mahu Beli Manchester United!. Desas desus membabitkan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammad Salman yang berminat untuk mengambil alih kelab gergasi Inggeris iaitu Manchester United semakin hampir menjadi kenyataan. Dimana Putera Arab Saudi itu meningkatkan bidaan untuk mengambil alih Manchester United kepada 3.8 bilion pound bersamaan RM20 bilion. Peningkatan bidaan ini untuk memastikan Putera Mahkota Arab Saudi dapat mengambil alih sepenuhnya bagi persiapan Liga Perdana Inggeris musim depan.

Hasrat Putera Arab Saudi untuk membeli Manchester United (MU) kali pertama dilaporkan Oktober tahun lalu. Dengan nilai kekayaan yang diperolehi Kerabat Diraja Saudi yang mencecah 850 bilion (RM4.48 trilion) sudah pastinya dapat meyakinkan pemilik MU sekarang, keluarga Glazer untuk menjual kelab Inggeris itu.
Putera Saudi Tingkatkan Bidaan RM20 Bilion, Tetap Mahu Beli Manchester United!
Walaupun Glazer sentiasa menafikan untuk menjual Manchester United, tetapi tawaran lumayan yang ditawarkan oleh Putera Arab Saudi mungkin sukar ditolak. Pada 14 tahun lalu, keluarga Glazer dari Amerika Syarikat itu membeli kelab Manchester United pada harga 790 juta pound (RM4.16 bilion) tetapi kini terpaksa menanggung jumlah hutang yang tinggi.
Sekiranya tawaran putera Saudi diterima, Glazer masih mampu menjana keuntungan sehingga 2.2 bilion pound. Adakah tawaran dari Putera Saudi akan diterima Glazer?
Sumber : BHarian