TMJ Beri Bayangan Bekas Pemain Juventus, Benatia Bakal ke JDT

TMJ Beri Bayangan Bekas Pemain Juventus, Benatia Bakal ke JDT. Jika dikaitkan dengan kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim, ada saja isu atau rumours yang membabitkan kelab itu. Pasukan JDT kini dikaitkan kes CAS yang membabitkan isu perpindahan Akhyar Rashid dari Kedah FA ke JDT. Malah, sebelum perpindahan pemain Liga Malaysia 2019 ditutup, pengurusan bolasepak JDT sempat lagi melakukan perpindahan Leandro Velazquez.

Kini, ada ura-ura mengatakan pemilik kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi bayangan akan membawa masuk kapten skuad kebangsaan Maghribi dan bekas kelab Juventus, Medhi Benatia ke pasukan Harimau Selatan.

TMJ Beri Bayangan Bekas Pemain Juventus, Benatia Bakal ke JDT

Hal ini mendapat perhatian khususnya penyokong Southern Tigers selepas Tunku Mahkota Johor memuat naik gambar bersama Mehdi Benatia yang kini beraksi di Liga Qatar bersama kelab Al Duhail. Dalam status itu, kapsyen yang dituliskan oleh TMJ telah mencuit perhatian netizen.

“@m.benatia5 One of the moss successful defenders in Roma, Bayern and Juve. One of the best CB in the world. Honor to meet you brother. See you in Johor soon.”

Dalam masa yang sama, TMJ turut menulis kapsyen, “@mausantos33 @adamazlin09. I think I just found you guys a partner. Hahaha..”

Pemain pertahanan import JDT, Mauricio membalas kapsyen tersebut dengan menyatakan “@hrhcrownprinceofjohor This one plays a lot! We play against Italy. Big hug boss and thanks for everything!” #FamilyJDT. Susulan itu TMJ membalas “@mausantos33 You are my Tiger.”

Adam Nor Azlin turut tidak ketinggalan membalas “@hrhcrownprinceofjohor Ampun Tuanku. All players in JDT is the best”

TMJ Beri Bayangan Bekas Pemain Juventus, Benatia Bakal ke JDT

Lebih menarik lagi, bayangan itu turut menerima respon positif oleh Benatia yang mengatakan di laman instagramnya, “It was pleasure to meet HRH Prince of Johor @hrhcrownprinceofjohor. InshaAllah I will see you soon in Johor!”

TMJ memberi respon dan membalas jawab kepada Benatia “May ALLAH bless you my friend. See you and take care. All the best” .

Sudah pastinya penyokong Johor Darul Ta’zim ternyata-tanya apakah status kapyen antara pemilik bolasepak JDT dengan pemain Al Duhail, Mehdi Benatia. Adakah pemain itu bakal berhijrah ke JDT dalam perpindahan akan datang?

Jika benar Mehdi Benatia ke kelab JDT, sudah pasti ia berita gembira buat penyokong bolasepak JDT khususnya.

Sumber : Instagram @hrhcrownprinceofjohor, IG Benatia

Related Posts

Add Comment