Penyokong Kedah Mula Persoalkan Isu CAS, Status Terkini Kes Akhyar?

Penyokong Kedah Mula Persoalkan Isu CAS, Status Terkini Kes Akhyar? Apakah status terkini kes CAS yang membabitkan Akhyar Rashid? Menjadi persoalan dalam kalangan penyokong skuad Helang Merah kenapa Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) ‘membisu’ mengenai perkembangan kes di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) membabitkan bekas pemain mudanya, Akhyar Rashid. Situasi ini menimbulkan keresahan dalam kalangan penyokong yang mula sangsi sama ada KFA benar-benar mengheret kes Akhyar Rashid ke mahkamah CAS ataupun sekadar melakukan gimik semata-mata.

Menerusi daripada wakil jurucakap Kelab-Kelab Penyokong Bolasepak Kedah (G32), Safarizal Mohd Sobri berkata mereka mempunyai hak sebagai penyokong Hijau Kuning untuk mengetahui sebarang perkembangan kes di Mahkamah Timbang Tara Sukan mengenai kes tersebut.

Penyokong Kedah Mula Persoalkan Isu CAS, Status Terkini Kes Akhyar?

Difahamkan kes itu sudah dikendalikan oleh peguam yang dilantik Persatuan Bolasepak Kedah. Secara tak langsung pengurusan KFA menyerahkan semuanya isu terbabit kepada peguam yang dilantik dan mereka tidak boleh mengeluarkan sebarang komen atau pandangan mengenai kes Akhyar Rashid.

Walaubagaimanapun isu itu tidak dimaklumkan menerusi media, sebagai penyokong mereka ingin tahu serba sedikit mengenai perkembangan kes itu walaupun tidak secara menerusi butiran lanjut.

Sepertimana anda tahu, isu itu tercetus apabila KFA mengesahkan Akhyar Rashid diintai oleh Johor oleh Darul Ta’zim (JDT) namun dinafikan Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards yang mengakui pihaknya sedar mengenai kontrak yang dimiliki pemain terbabit.

Penyokong Kedah Mula Persoalkan Isu CAS, Status Terkini Kes Akhyar?

Susulan kes itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kemudiannya membenarkan Akhyar menebus baki kontraknya selama setahun bernilai RM210,000 dan pampasan latihan sebanyak RM75,000 kepada mana mana pasukan yang mahu mendapatkan khidmatnya. Difahamkan JDT berminat untuk dapatkan pemain muda tersebut.

Situasi itu membuatkan KFA tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh FAM dan mereka mengemukakan rayuan namun ia ditolak oleh persatuan bolasepak itu sekali gus memaksa KFA mengheret kes terbabit ke Mahkamah Timbang Tara Sukan.

Sumber : BH Online

Related Posts

Add Comment