MFL Sahkan Akhyar Rashid Kini Pemain Johor Darul Ta’zim

MFL Sahkan Akhyar Rashid Kini Pemain Johor Darul Ta’zim. Baru-baru ini banyak kemelut membabitkan pemain muda negara, Akhyar Rashid mengenai isu penghijrahan beliau ke pasukan Johor Darul Ta’zim. Dikhabarkan pasukan JDT menggunakan pintu belakang untuk mendapatkan bekas pemain Kedah FA itu. Kini, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) telah mengesahkan Akhyar Rashid sah pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas pasukan itu mendaftarkan namanya dalam senarai pemain kepada pentadbir liga itu.

Sudah semestinya memberi khabar gembira buat Akhyar selepas terpalit dengan kemelut perebutan antara bekas majikannya Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan pasukan baharunya, JDT. Hal ini berikutan KFA mahu mengheret isu perpindahan Akhyar ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) dalam masa terdekat.

MFL Sahkan Akhyar Rashid Kini Pemain Johor Darul Ta’zim

Menurut kata daripada Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam menyatakan KFA enggan melepaskan Sijil Perpindahan Negeri (SPN) atau kini dikenali dengan Surat Pelepasan, Akhyar tetap boleh didaftarkan sebagai pemain Harimau Selatan dengan menggunakan status ‘pelepasan sementara’ yang boleh dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

MFL Sahkan Akhyar Rashid Kini Pemain Johor Darul Ta'zim

Kredit Foto : Johor Southern Tigers

Katanya lagi, pasukan Johor Darul Ta’zim antara pasukan terawal yang mendaftarkan senarai pemain pada 7 Januari 2019 lalu dan nama Akhyar Rashid dalam senarai menunggu selama 14 hari untuk mendapatkan Surat Pelepasan daripada Persatuan Bolasepak Kedah.

“Sekiranya KFA tidak memberi surat pelepasan dalam tempoh 14 hari bermula 7 Januari lalu, Akhyar boleh mendapatkan pelepasan sementara daripada FAM bagi membolehkannya beraksi dalam liga dan ia peraturan sama seperti yang digunakan oleh FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa).

“Jadi, Akhyar tak ada masalah untuk bermain dan dia boleh diturunkan untuk aksi pertama JDT (Piala Sultan Ahmad Shah) menentang Perak pada 2 Februari ini,”

Sumber : FMLLP

Related Posts

Add Comment