TMJ Beri Perjelasan Isu Perpindahan Akhyar Rashid ke JDT. Kini isu perpindahan melibatkan Akhyar Rashid ke JDT jadi kian berlarutan dimana Persatuan Bolasepak Negeri Kedah ingin membawa isu ini ke Mahkamah Timbang Tara (CAS) dan FIFA. Walaubagaimanapun isu ini mendapat reaksi daripada pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim. Menerusi laman rasmi Facebook Johor Southern Tigers, TMJ tampil bersuara dengan memberikan pandangan beliau terhadap isu perpindahan bekas pemain Kedah, Akhyar Rashid ke Johor Darul Ta’zim.
Tunku Ismail yang juga merupakan pengerusi Malaysia Football League (MFL) menegaskan tentang kewujudan klausa yang membolehkan seseorang pemain itu meninggalkan pasukan mereka di penghujung musim dengan melalui prosedur yang betul.
TMJ Beri Perjelasan Isu Perpindahan Akhyar Rashid ke JDT
Dalam kenyataannya juga TMJ memberitahu mereka hanya mendekati Akhyar Rashid apabila pemain itu sudah diiktiraf sebagai pemain ejen bebas oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tidak terikat dengan mana-mana pasukan. Jadi apakah kesilapan kelab JDT untuk menandatangani Akhyar Rashid selepas ada pengumuman oleh pihak FAM bahawa beliau dibenarkan menjadi ejen bebas.
Beliau dalam waktu sama turut memberitahu jika seseorang pemain berhasrat untuk meninggalkan kelab dan menyertai pasukan baru, ianya harus dianggap sebagai kegagalan kepada sesebuah pasukan kerana tidak berjaya untuk mengekalkan pemain tersebut sehingga mendorong mereka untuk keluar.
Tunku Ismail turut mengulas mengenai keputusan Persatuan Bola Sepak Kedah yang ingin membawa perkara tersebut ke perhatian Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) dan FIFA, baginya ia tidak mempunyai masalah dengan perkara tersebut.
“Jikalau Kedah merasakan bahawa mereka mahu membawa Akhyar atau Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) ataupun FIFA, teruskan. “.
Kredit Foto : JST, Inikanbola