Senarai Pemain Pulau Pinang FC 2023 Liga Super (The Panthers). Siapakah pemain yang akan menyarung jersi Penang FC musim Liga Super Malaysia 2023? Menerusi makluman daripada portal FMLLP, perpindahan pemain Liga Malaysia 2023 untuk fasa pertama dijangka dibuka pada bulan Disember 2022. Musim lalu, pasukan Pulau Pinang FC kendalian Tomas Trucha berada di prestasi terbaik apabila menamatkan di kedudukan ke-3 Liga Super Malaysia. Sudah pasti jurulatih baharu Pulau Pinang FC, Manzoor Azwira akan membuat persiapan rapi untuk memperkuatkan pasukan menjelang Liga Malaysia musim 2023.

Untuk musim 2022, pasukan Pulau Pinang membawa masuk beberapa pemain import antaranya Sheriddin Boboev, Sanna Nyassi dan Ken Ilso. Menurut gosip-gosip perpindahan pemain 2023, skuad Penang FC akan membawa masuk beberapa pemain import baharu untuk memperkuatkan bahagian pertahanan dan serangan. Berikut adalah senarai pemain Penang FC bagi menghadapi Liga Super, Piala FA dan Unifi Piala Malaysia.
Senarai Pemain Pulau Pinang FC 2023 Liga Super (The Panthers)
Berikut adalah dikongsikan senarai pemain Penang FC Liga Super Malaysia mengikut posisi masing-masing :
PENJAGA GOL
● Azfar Arif – NEW
● Syafiq Afifi
● Khatul Anuar
PERTAHANAN
● Danish Haziq – NEW
● Muhd Fairuz Zakaria
● Namathevan Arunasalam
● Faris Shah Rosli – NEW
● Azmeer Aris – NEW
● Rafael Vitor (Pemain Import)
● Ryu Yamaguchi (Pemain Import) – NEW
● Anh Sae-hee (Pemain Import) – NEW
● Zaw Min Tun (Pemain Import) – NEW
PEMAIN TENGAH
● Asnan Ahmad – NEW
● Amer Azahar – NEW
● Faiz Mazlan
● Faizat Ghazli
● Hadin Azman – NEW
● Mohd Faiz Subri
● Nur Izzat Che Awang – NEW
● Adib Raop
● Nik Akif – NEW
● Ousmane Fané (Pemain Import) – NEW
PENYERANG
● Adriano (Pemain Import) – NEW
● Curt Dizon (Pemain Import) – NEW
● Rahmat Makasuf – NEW
● Marcus Mah – NEW
● Norshahmi Irfan Talaha – NEW
● Giovane Gomes (Pemain Import) – NEW
● Soony Saad (Pemain Import) – NEW
Pengurusan Dan Staf Kejurulatihan Penang FC 2023
Position | Name |
Chairman | Soon Lip Chee |
Team Manager | Ong Eng Hua |
Technical Director | Haji Kamal Kalid |
Head Coach | Manzoor Azwira |
Assistant Coach 1 | Chong Yee Fatt |
Assistant Coach 2 | Md Noor Md Derus |
Fitness Coach | Zahidibudiman Ibrahim |
Team Doctor | 1. Hardeep Singh Jarginder Singh 2. Parmjit Singh Kuldip Singh |
Goalkeeper Coach | Mohd Hisham Jainudin |
Physiotherapy | Izzul Naim Jamil |
INFO BERKAITAN :