Lee Tuck Tak Berputus Asa Kumpul Maklumat Dari Sebelah Neneknya di UK

Lee Tuck Tak Berputus Asa Kumpul Maklumat Dari Sebelah Neneknya di UK. Desas desus mengaitkan pemain tengah Terengganu FC, Lee Tuck tentang permohonan kerakyatan Malaysia masih menjadi tanda tanya sehingga hari ini. Menurut makluman terkini, pemain itu masih serius untuk menyarung jersi kebangsaan apabila dia kini sedang berusaha melengkapkan proses dokumentasi kewarganegaraan Malaysia secepat mungkin.

Lee Tuck akui bukan mudah untuk mengemukakan dokumen lengkap berhubung pertalian darah Malaysia keluarga ibunya dan dia kini dalam proses mengumpulkan semua maklumat yang berkaitan bagi menentukan status sebenar pemain berdarah campuran England-Malaysia ini.

Lee Tuck Tak Berputus Asa Kumpul Maklumat Dari Sebelah Neneknya di UK

Lee Tuck berharap Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu dan Malaysian Football League (MFL) tidak ketinggalan turut sama membantu mempercepatkan proses berkenaan untuk memastikan status kewarganegaraannya dapat diputuskan secepat mungkin.

Sebelum ini, penolong pengurus Terengganu Football Club, Zulfadli Rozi memaklumkan Lee Tuck masih gagal mengemukakan dokumen lengkap yang diperlukan untuk didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara menyebabkan hasratnya untuk menyarung jersi skuad kebangsaan masih tertangguh.

Menurut kata Lee Tuck, “Masalah utama yang saya sedang hadapi sekarang ialah untuk mendapatkan semua dokumen lengkap daripada sebelah nenek saya di United Kingdom dan saya sedang berusaha dapatkan sebelum tarikh tutup yang diberikan.

“Banyak perkara di belakang tabir perlu dilakukan sebelum segala dokumen yang diminta akan lengkap, ia bukan satu proses yang mudah serta boleh selesai dalam sekelip mata.

“Sememangnya saya masih ingin beraksi bersama skuad kebangsaan cuma perkara seperti ini memakan masa dan harap ia mampu direalisasikan. Tetapi saya yakin semua itu akan selesai dalam masa terdekat dan hasrat peminat untuk lihat saya sarung jersi kebangsaan pasti akan tercapai.”

Lee Tuck diberi tempoh masa sehingga penghujung minggu ini oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi mengemukakan dokumen sah untuk membuktikan dia mempunyai pertalian darah Malaysia.

Sekiranya Lee Tuck masih mahu menyarung jersi skuad kebangsaan, beliau perlu bertindak secepat mungkin untuk memastikan status kewarganegaraan Malaysia diterima.

Sumber Info : Foxsport Asia

Related Posts

Add Comment