Michael Chukwubunna Mahu Ikut Jejak Sumareh, Ingin Jadi Pemain Naturalisasi Skuad Kebangsaan!

Michael Chukwubunna Mahu Ikut Jejak Sumareh, Ingin Jadi Pemain Naturalisasi Skuad Kebangsaan!. Perkembangan pemain yang ingin menjadi status naturalisasi di negara kita semakin mendapat perhatian dalam kalangan pemain import saingan Liga Malaysia. Jika sebelum ini pemain sayap Pahang, Mahamadou Sumareh adalah pemain naturalisasi pertama menyarung jersi Harimau Malaya. Kini, melalui media massa dikhabarkan penyerang berbisa UKM FC, Ijezie Michael Chukwubunna berminat mengikut jejak langkah Sumareh mewakili Malaysia.

Mungkin kelibat dan namanya tidak segah Mohamadou Sumareh kerana sekadar beraksi di saingan Liga Perdana, namun sentuhan berbisanya tetap berbahaya dan mampu menjadi aset buat skuad Harimau Malaya. Ijezie Michael Chukwubunna adalah pemain import kelahiran Nigeria dan berusia 30 tahun pernah muncul penjaring terbanyak Piala Cabaran dengan 13 gol musim lalu turut berhajat untuk mengikut jejak Sumareh sebagai pemain naturalisasi asing kedua buat Malaysia.

Michael Chukwubunna Mahu Ikut Jejak Sumareh, Ingin Jadi Pemain Naturalisasi Skuad Kebangsaan!

Beliau sudah lama beraksi dalam saingan Liga Malaysia sejak 2012 lagi dan turut mendirikan rumah tangga dengan wanita tempatan yang berasal dari Sarawak. Jika diikutkan berdasarkan syarat Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), setiap pemain naturalisasi yang tiada pertalian darah dimana mereka perlu menetap sekurang-kurangnya lima (5) tahun sebelum dibenarkan mewakili pasukan kebangsaan.

Michael Ijezie yang pernah menyarung jersi MISC-MIFA, Felcra FC, NS Betaria FC (2012), KL Spa (2015) berkemungkinan besar boleh menyarung jersi skuad kebangsaan berdasarkan kriterianya yang memenuhi kehendak FIFA dan FAM.

Michael Chukwubunna Mahu Ikut Jejak Sumareh

Menurut petikan daripada Harian Metro, Michael Ijezie berkata, “Kalau ada peluang memang saya mahu bermain untuk Malaysia seperti Sumareh. Saya layak kerana sudah lama bermain dalam Liga Malaysia dan saya cukup kenal dengan suasana dan budaya negara ini.

“Perasaan main untuk negara amat berbeza kerana ia penghormatan terbesar buat seseorang pemain untuk membawa cabaran negara. Begitu juga saya, sudah tentu saya berbangga jika dipilih dan saya akan cuba sebaik mungkin untuk harumkan nama Malaysia,”

Sementara itu, pemain import Melaka United, Liridon Krasniqi yang menjadi sebutan sebelum ini untuk mewakili skuad kebangsaan masih belum lagi kata putus untuk didaftarkan sebagai pemain naturalisasi meskipun dia melepasi syarat FIFA.

Jika benar Michael Ijezie berminat nak menyarung jersi Harimau Malaya, jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe perlu menguji beliau dahulu sama ada layak untuk mewakili atau sebaliknya. Tambahan lagi umurnya telah menjangkau 31 tahun yang berkemungkinan besar peluangnya untuk menyarung jersi Harimau Malaya agak tipis.

BACA JUGA : Liridon Dikhabarkan Bakal Sarung Jersi Harimau Malaya Menerusi IG Story Miliknya 

Kredit Foto : UKM FC

Sumber Petikan : Harian Metro

Related Posts

Add Comment