FAM Guna Kod QR Pada Tiket Untuk Enam Perlawanan Antarabangsa. FAM Guna Kod QR Pada Sistem Tiket Semua Perlawanan Antarabangsa Bulan Ini. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini ingin mengumumkan bahawa tiket bagi kesemua enam hari perlawanan antarabangsa sepanjang bulan ini iaitu dari 17 hingga 26 Mac 2019 akan menggunakan sistem imbasan Kod QR bagi kemasukan penonton ke dalam stadium. Ia menerusi kerjasama antara FAM dengan dua syarikat pengendali tiket iaitu Tickethonline International Sdn Bhd dan Proticket Malaysia Sdn Bhd melalui ProEvents.
Perkara tersebut diumumkan oleh Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menerusi satu siaran media hari ini. Menerusi kenyataan Stuart Ramalingam, “Sistem Kod QR ini akan mula dilaksanakan pada perlawanan persahabatan antarabangsa B-22 antara skuad Malaysia bertemu Australia di Stadium Shah Alam pada hari Ahad 17 Mac 2019, jam 8.45 malam.
FAM Guna Kod QR Pada Tiket Untuk Enam Perlawanan Antarabangsa
“Sistem ini kemudian akan diteruskan pada kejohanan antarabangsa empat negara, Piala AIRMARINE 2019 di Stadium Nasional, Bukit Jalil iaitu dua perlawanan pada Rabu, 20 Mac 2019 – Oman lwn Afghanistan (4.30 petang) dan Malaysia lwn Singapura (8.45 malam) serta dua perlawanan pada Sabtu, 23 Mac 2019 – penentuan tempat ketiga/keempat (4.30 petang) dan final (8.45 malam).
Siaran Media: FAM Guna Kod QR Pada Sistem Tiket Semua Perlawanan Antarabangsa Bulan Ini
Kenyataan penuh Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam di https://t.co/coAaGa0B9V#FAM #HarimauMalaya #AIRMARINECup2019 #AFCU23 pic.twitter.com/1G9Q8ushk7
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) March 17, 2019
“Seterusnya, ia turut akan membabitkan tiga hari perlawanan bagi Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020 di Stadium Shah Alam iaitu pada Jumaat, 22 Mac 2019 – China lwn Laos (4.30 petang) & Malaysia lwn Filipina (8.45 malam), Ahad, 24 Mac 2019 – Filipina lwn China (4.30 petang) & Laos lwn Malaysia (8.45 malam) dan Selasa, 26 Mac 2019 – Laos lwn Filipina (4.30 petang) & Malaysia lwn China (8.45 malam).”
Dengan pengenalan sistem Kod QR ini, para penyokong Harimau Malaya yang membuat pembelian tiket secara online tidak perlu lagi untuk ke kaunter penebusan tiket di stadium, sebaliknya hanya perlu menunjukkan Kod QR yang dihantar ke e-mel mereka untuk diimbas petugas di pintu masuk stadium. Hal ini untuk menggalakkan penyokong membuat pembelian tiket secara online tetapi kaunter tetap akan dibuka bagi penyokong yang mahu membeli atau menukar tiket online kepada tiket fizikal.
Pembelian Tiket Secara Online
Bagi mereka yang ingin membeli tiket Piala Airmarine 2019, tiket boleh didapati secara online di laman web www.proticket.my dengan harga RM45 (grandstand), RM 35 (Terbuka), RM 25 (pelajar 7-18 tahun) dan setiap pembelian secara online akan dicaj RM10.
Manakala, tiket perlawanan-perlawanan kelayakan Piala AFC Bawah 23 pada 22, 24 dan 26 Mac ini boleh dibeli secara online di laman web www.tickethotline.com.my. Harga tiket perlawanan ini bernilai RM20 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak 7-12 tahun) bagi setiap hari perlawanan. Setiap tiket dibeli secara online ini dikenakan caj RM3.69 (dewasa) dan RM3.60 (kanak-kanak).
Kredit Foto /Sumber : FAM