Instagram Story Liridon Paparkan Jersi & Emoji Jam Pasir, Bakal Sertai Harimau Malaya? Adakah pemain yang berasal dari Kosovo ini benar-benar akan menyarung jersi Harimau Malaya pada masa akan datang? Bekas pemain tengah Kedah dan kini Melaka United, Liridon Krasniqi seakan-akan tidak sabar untuk menyarung jersi Harimau Malaya menerusi perkongsian daripada Instagram Story miliknya.
Instagram Story Liridon Paparkan Jersi & Emoji Jam Pasir, Bakal Sertai Harimau Malaya?
Dalam story Instagram Liridon Krasniqi, terpampang jersi Harimau Malaya bernombor 10 disertakan ’emoji’ jam pasir yang menandakan seakan pemain import ini akan menyarung jersi kebangsaan. Nama Liridon atau panggilan ‘MatDon’ tidak asing lagi dalam bolasepak Liga Malaysia dimana telah memasuki tahun ke-5 ketika bersama Kedah dan sekarang Melaka United menjadi sasaran oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk dijadikan pemain naturalisasi.
Selain daripada Matdon, penyerang import Kuala Lumpur, Guilherme de Paula dan pemain tengah Terengganu FC, Lee Tuck turut berada dalam ‘radar’ FAM untuk dijadikan pemain naturalisasi sepertimana Mohamadou Sumareh yang telah menyarung skuad Harimau Malaya kini.

Jika benar Liridon dapat mewakili skuad Malaysia, adakah pemain ini pilihan terbaik oleh FAM untuk memperkuatkan jentera skuad kebangsaan? Nantikan perkhabaran ini daripada laman sosial Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)!
Foto Kredit: IG Liridon Krasniqi