MFL Luluskan Mahamadou Sumareh Kini Pemain Tempatan

MFL Luluskan Mahamadou Sumareh Kini Pemain Tempatan. Menerusi makluman terkini daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) telah meluluskan permohonan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang untuk mendaftarkan pemain import mereka iaitu Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan berkuatkuasa hari ini.

MFL Luluskan Mahamadou Sumareh Kini Pemain Tempatan

Mohamadou Sumareh kini bergelar pemain tempatan pasukan Pahang selepas Malaysian Football League (MFL) bersetuju luluskan permohonan Pahang daftarkan pemain kelahiran Gambia itu sebagai pemain tempatan pada Jendela Perpindahan Pertama musim 2019. Menerusi kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam menyatakan seperti berikut ;

MFL Luluskan Mahamadou Sumareh Kini Pemain Tempatan

“Peraturan Manual Liga Malaysia menetapkan syarat bagi pemain naturalisasi hanya boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan 5 tahun selepas pemain tersebut mendapat pasport warganegara yang sah.

“Ini bermaksud Sumareh boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan mulai tahun 2023. Walaubagaimanapun, selepas penelitian pihak MFL, Sumareh didapati telah bermastautin di Malaysia sejak umur 12 tahun.

“Selepas perbincangan yang dilakukan, keputusan telahpun dicapai oleh Lembaga Pengarah MFL pada 28 September 2018 untuk membuat pengecualian syarat pendaftaran 5 tahun selepas pemain tersebut mendapat passport warganegara yang sah dan membenarkan Sumareh didaftar sebagai pemain tempatan bukan lagi lima tahun tetapi hanya satu tahun dari tarikh permohonan Pahang iaitu dari 2 Mac 2019.

“Menurut keputusan yang dicapai oleh Lembaga Pengarah MFL pada 28 September 2018 itu, Pahang hanya boleh mendaftar Sumareh sebagai pemain tempatan dari 2 Mac 2019.

“Pahang pula kemudian telah membuat rayuan untuk membenarkan Sumareh didaftarkan sebagai pemain tempatan dalam Jendela Perpindahan Pertama oleh kerana tarikh 2 Mac 2019 tersebut adalah tarikh selepas penutupan Jendela Perpindahan Pertama musim 2019.

“Namun selepas pertimbangan yang sewajarnya oleh Lembaga Pengarah MFL dimana pemain tersebut telahpun mewakili pasukan kebangsaan Malaysia dan lebih-lebih lagi berjaya membawa pasukan kebangsaan ke peringkat akhir Piala AFF 2018, Lembaga Pengarah MFL telah mengambil keputusan untuk membenarkan permohonan kedua pasukan Pahang untuk membenarkan pendaftaran Sumareh dalam Jendela Perpindahan Pertama musim 2019.

MFL Luluskan Mahamadou Sumareh Kini Pemain Tempatan

Dengan status Sumareh sebagai pemain tempatan memberi khabar gembira buat pasukan Pahang FA kendalian Dollah Saleh untuk menambah pemain dalam kuota pemain import Pahang. Kini, Pahang FA sudah memiliki Herold Goulon dan Saddil Ramdani termasuk mengekalkan pemain kebangsaan Singapura, Safuwan Baharuddin.

Related Posts

Add Comment